Home / Hiburan / Biodata Fendy Bakry, Pelakon Lelaki Berasal Dari Perlis
Cover Photo Fendy Bakry

Biodata Fendy Bakry, Pelakon Lelaki Berasal Dari Perlis

Siapakah Fendy Bakri? Fendy Bakry merupakan seorang pelakon lelaki yang berasal dari negeri Perlis Indera Kayangan. Beliau merupakan bekas peserta Hero Remaja 2012 yang turut disertai oleh Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan, Ben Amir dan Hafreez Adam. Dalam pertandingan yang dimenangi oleh Fattah Amin itu, beliau mendapat tempat ke-5.

Kelibat beliau mula mencuri perhatian peminat sejak muncul dengan watak Mr. Grey dalam siri drama Mr. Grey di Astro Ria. Selain itu, beliau juga terkenal menerusi kemunculan dalam drama Kerna Syurga Bukan Percuma pada 2017.

Di awal kemunculan pada tahun 2012, Fendy Bakri memulakan kerjaya lakonannya selepas tamat pertandingan Hero Remaja. Pengarah Osman Ali yang mengasah bakatnya dalam bidang lakonan sehinggalah beliau mula serius dalam bidang tersebut.

Pada 2014, Fendy Bakri menerima tawaran berlakon filem daripada pengarah terkenal Mamat Khalid. Beliau berlakon bersama Shuib Sepahtu dan Shuk Balas menerusi watak kecil dalam filem komedi pengembaraan jenayah, Amir dan Loqman Pergi ke Laut. Beliau kemudiannya berlakon bersama Fazura, Farid Kamil dan Keith Foo menerusi filem Langit Cinta arahan Osman Ali yang ditayangkan pada 7 Januari 2016.

Pada 2017, Fendy Bakri meraih kejayaan komersial melalui gandingannya bersama Eyra Hazali dalam drama adaptasi novel, Mr. Grey. Beliau seterusnya menubuhkan kelab peminat yang dinamakan”Fendynisme”.

Perjalanan seni beliau terhenti seketika selama 4 bulan kerana diserang penyakit misteri. Setelah sembuh, pada Julai 2018, Fendy mendapat tawaran untuk berlakon dalam satu persembahan teater untuk Malam Kilauan Cahaya Istana Arau 2018 bertajuk Aladdin bersama pelajar UNIMAP.

Fendy seterusnya menjalani penggambaraan drama bersiri, Kan Kukejar Cinta Kamu bersama Amyra Rosli yang ditayangkan pada pertengahan Disember 2018 di saluran Astro Ria untuk Slot MegaDrama. Beliau menjadi hero utama. Beliau juga berlakon telefilem antologi cerpen Kahwin Kahwin untuk saluran Astro Citra arahan Eyra Rahman. Beliau membawakan tiga watak berlainan dalam tiga cerita berbeza. Kali ini, beliau sekali lagi bergandingan dengan heroinnya dalam Mr. Grey, iaitu Eyra Hazali. Selepas telefilem Kahwin Kahwin, beliau berlakon bersama Amelia Henderson dalam telefilem 30 Hari Membunuh Cinta.

Drama Destinasi Ukhuwah yang dilakonkan Fendy bersama Zalif Sidek, Amerul Affendi dan Adam Shahz sebenarnya memulakan penggambaraan dari Johor ke Thailand pada tahun 2016, tetapi bersiaran pada 31 Disember 2018 di siaran TV1. Drama ini yang merupakan arahan Osman Ali sepatutnya bersiaran pada Julai 2018 tetapi tertangguh siarannya.

Fendy Bakri diminta oleh penyanyi dan komposer Asfan Shah untuk menghasilkan sebuah single. Asfan Shah sendiri yang menggubahkan lagu untuk beliau. Single tersebut bergenre balada. Selain itu beliau juga akan muncul dengan beberapa drama dan telefilem termasuk telemovie raya pada tahun 2019. Beliau juga berlakon dalam mini siri yang ditayangkan selama 4 episod di TV3 iaitu drama Voice Note bersama Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Zamarul Hisham, Ikmal Amry, Amelia Henderson, Scha Elinnea, Shasha Abedul, Ali Reza, Ariff Bahran dan ramai lagi. Dalam mini siri ini, beliau memegang watak doktor hospital dan tunang kepada Sharifah Sakinah.

Fendy juga pernah berlakon iklan sejak pulih dari penyakitnya. Antaranya ialah iklan Cashless Society bersama Melanie Tan dan iklan Rezeki Raya anjuran FINAS. Kini kerjaya beliau diuruskan oleh agensi pengurusan bakat Prokuya Studios milik Fadzil Zahari.

Biodata Fendy Bakry

  • Nama Penuh: Mohd Affandi Bin Nor Bakri
  • Nama Komersial: Fendy Bakry
  • Asal: Beseri, Perlis
  • Tarikh Lahir: 11 Ogos 1988
  • Umur: 31 tahun (2019)
  • Tinggi: 5 ft 9 in (1.75 m)
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Pekerjaan: Pelakon dan Model
  • Drama: Kerna Syurga Bukan Percuma dan Mr. Grey. Selain itu, beliau pernah membintangi Dilema, Kiah The Spy, Besan Tiga Segi, Eksperimen Cinta, BIB, Kak Marr, Destinasi Ukhuwah, Kan Kukejar Cinta Kamu
  • Telefilem: Mati Hidup Semula, Jatuh Cinta Buta, Salam Cinta Buat Ustazah Husna, Kuntom, Teksi Love, Kahwin-Kahwin, 30 Hari Membunuh Cinta
  • Filem: Amir Dan Loqman Pergi Ke Laut, Langit Cinta
  • Filem Pendek: Syaitan: Apabila Hati Telah Hitam dan Bangkit
  • Teater: Aladdin
  • Iklan: Jom Balik Raya terbitan BDB Land Sdn Bhd, Cashless Society terbitan SMART Selangor, Rezeki Raya anjuran FINAS
  • Pencapaian:
    – Menang Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017
    – Top 5 Artis Baru Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2018
    – Top 5 Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 2019
  • Instagram: @fendybakry
  • Facebook: @FendyBakry

Cover Photo Fendy BakryFendy Bakry Pakai Kopiah

Fendy Bakry Pakai Tie

Fendy Bakry Star War Malaysia

Foto Fendy Bakry Dan Amyra Rosli

Gaya Fendy Bakry

Pelakon Malaysia Fendy Bakry

Selepas Pulih Penyakit Misteri Fendy Bakry Masuk Hospital Lagi 1

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: