Langgan newsletter kami!
Wajah Kacak Fikry Ibrahim

Biodata Fikry Ibrahim, Pelawak Handsome Dari Kedah

Menyertai program mencari bakat pelawak iaitu Lawak Solo 2016 membuka pintu rezeki buat pemuda kacak bernama Fikry Ibrahim untuk bergelar selebriti.

Menerusi program tersebut, anak jati Kedah ini menyandang tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Selain melawak, figura berkulit sawo matang ini juga turut mengembangkan bakatnya sebagai seorang pengacara dan pelakon.

Terkini, Fikry digandingkan dengan Siti Nordiana dan Achey Bocey untuk mengacarakan program realiti nyanyian kerohanian, Gema Gegar Vaganza (GGV) yang disiarkan di Astro Oasis 106.

Mari kita berkenalan dengan pelawak berbakat besar ini.

Biodata Fikry Ibrahim

  • Nama Penuh: Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim
  • Nama Komersil: Fikry Ibrahim / Fikry Lawak Solo
  • Tarikh Lahir: 1994
  • Umur: 23 Tahun (2017)
  • Asal: Jitra, Kedah
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelawak, Pengacara, Pelakon dan Usahawan
  • Host TV: Gema Gegar Vaganza (Astro) dan Jalan Jalan Makan Angin (TV3)
  • Facebook: facebook.com/fikrylawaksolo
  • Instagram: instagram.com/fikryibrahim

Trivia Menarik Fikry Ibrahim

  1. Merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
  2. Kini, Fikry menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan yang sama.
  3. Sebelum menyertai Lawak Solo, Fikry pernah berniaga dobi selama 10 bulan di Jitra.
  4. Pernah diganggu peminat yang menghantar mesej-mesej berbaur lucah di Instagram miliknya.
  5. Mengakui bahawa rupa paras yang tampan bukanlah satu kelebihan buat dirinya tetapi ia memberi lebih tekanan setiap kali ingin melakukan persembahan.
  6. Fikry Familia (FF) merupakan nama kelab peminatnya.
  7. Mempunyai lebih 40, 000 pengikut di Instagram miliknya.

Fikry (Lawak Solo)

Fikry Ibrahim Berbaju Melayu Dan Bersongkok

Foto Santai Fikry Lawak Solo

Wajah Kacak Fikry Ibrahim

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: