Biodata Fizi Ali. Nama Fizi Ali mungkin tidak sepopular Faizal Ismail, AG Selamat atau Haniff namun bakat penyampai radio Suria.FM ini tidak boleh dipandang enteng. Selain mempunyai personaliti menarik, anak jati Kota Tinggi, Johor ini juga petah berkata-kata dan mudah mesra dengan para pendengar.

Di Suria.FM, figura kacak ini mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria bergandingan bersama Zulin Aziz dan Halim Othman yang berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 5.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan Fizi Ali.

Biodata Fizi Ali

  • Nama Penuh: Muhd Hafizudin Alimudin
  • Nama Komersil: Fizi Ali
  • Tarikh Lahir: 1989
  • Umur: 28 Tahun (2017)
  • Asal: Kota Tinggi, Johor
  • Kerjaya: Penyampai Radio, Pengacara dan Pelakon
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telefilem: Kurma Ajwa dan Tuty Polkadot
  • TV Host: iPopular, Selfie Stailo dan Dr. Siber
  • Facebook: facebook.com/fizi.ali.56
  • Twitter: twitter.com/fizi_ali
  • Instagram: instagram.com/fizialisuria
  • E-mail: fizi@suriafm.com.my

Trivia Menarik Fizi Ali

  1. Menggambarkan dirinya sebagai seorang yang jujur, baik hati, kuat makan, tidak suka buat benda yang sama dan suka gayakan pelbagai style rambut.
  2. Futsal, badminton, memancing dan melancong merupakan hobi Fizi jika ada masa terluang.
  3. Mempunyai sedikit masalah rabun jauh.
  4. Sebelum Suria.FM, Fizi pernah menjadi deejay radio di Ultra.FM selama dua tahun.
  5. Sangat mengagumi pelakon dan pengarah popular tanah air, Datuk Rosyam Nor.
  6. Merupakan peserta program mencari bakat lakonan, Pilih Kasih musim kedua namun tersingkir pada minggu pertama.
  7. Dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon cun, Shakilla Khoriri sejak 2014.
  8. Media tempatan turut melaporkan bahawa pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini selepas Aidilfitri nanti.
  9. Menjalankan bisnes makanan takoyaki iaitu Apedon Corner di Enjoy’s Corner, Taman Melawati, Selangor.
  10. Mempunyai lebih 12,000 pengikut di Instagram miliknya.

Fizi Ali Berambut Panjang Ketika Zaman Remaja

Fizi Ali Bergaya Dengan Cermin Mata Hitam!

Fizi Ali Bersama Anuar Zain

Foto Fizi Ali Suria FM

Gambar Penyampai Radio Fizi Ali

Halim Othman, Zulin Aziz Dan Fizi Ali (Suria FM)

Carian Berkaitan: fizi ali, fizi ali suria fm, biodata shakilla khoriri, Fizi