Home / Hiburan / Biodata Ghea Youbi, Penyanyi Dangdut Muda Indonesia
Foto Ghea Youbi Berhijab Dan Bertudung

Biodata Ghea Youbi, Penyanyi Dangdut Muda Indonesia

Biodata Ghea Youbi | Kebelakangan ini banyak lagu-lagu berirama dangdut mencuri perhatian peminat seni muzik. Kemunculan lagu ‘Lagi Syantik’ nyanyian Siti Badriah dan ‘Goyang 2 Jari’ nyanyian Sandrina antara yang meraih populariti tinggi di Youtube. Video muzik Lagi Syantik kini telah mencapai tontonan sebanyak 360 juta! Hebat.

Kini seorang lagi gadis cantik menawan dari Indonesia cuba mengetengahkan bakat melalui lagu dangdut. Ghea Youbi, baru berusia 18 tahun, sangat cantik dan seksi mula melonjak naik dengan single ke-2 berjudul ‘Gak Ada Waktu Beib‘. Single pertama berjudul ‘Cowok Jaman Now’ sebelum ini telah mencatat tontonan 1.4 juta di Youtube.

Populariti lagu ‘Gak Ada Waktu Beib’ ini juga dikaitkan dengan aplikasi mudah alih di telefon seperti Tiktok, Bigo Live dan Smule. Penggunaannya sebagai lagu latar yang seterusnya menjadi video viral banyak menaikkan populariti lagu ini.

Biodata Ghea Youbi

  • Nama Penuh: Ghalia Robyul Adawiyah
  • Nama Popular: Ghea Youbi
  • Asal: Bandung, Jawa Barat, Indonesia
  • Tarikh Lahir: 4 April 2000
  • Umur: 18 Tahun (2018)
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Indonesia
  • Pekerjaan: Penyanyi
  • Ibubapa: H. Nyanyang Saefuloh (Bapa) dan Hj. Rita Rosmayanti (Ibu)
  • Adik-Beradik: Gina Youbi dan Gita Youbi (Kakak)
  • Lagu/Single: Cowok Jaman Now (2018), Gak Ada Waktu Beib (2018)
  • Instagram (IG): @gheayoubi

Foto Ghea Youbi Pakai HijabGambar Ghea Youbi Bertudung

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: