Langgan newsletter kami!
Haiza Dan Anaknya

Biodata Haiza, Penyanyi Dangdut Versatil

Haiza, satu nama yang tidak asing lagi di persada seni hiburan negara. Bintangnya kembali bersinar apabila menyertai program terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza (GV) 2015.

Popular dengan lagu dangdut berjudul Dag Dig Dug, wanita cantik molek ini terus mengembangkan lagi portfolio seninya sebagai pelakon, pengacara dan deejay radio.

Figura bersuara serak-serak basah ini kini bertugas sebagai salah seorang deejay radio di Kool.FM bergandingan bersama penyampai berpengalaman, AG Selamat menerusi slot Pagi Hari Di Kool setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan penyanyi yang versatil ini.

Biodata Haiza

  • Nama Penuh: Rohaizah Nordin
  • Nama Komersil: Haiza
  • Tarikh Lahir: 2 Februari 1980
  • Umur: 37 Tahun (2017)
  • Zodiak: Aquarius
  • Asal: Benut, Pontian, Johor
  • Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
  • Kerjaya: Penyanyi, Pengacara, Deejay Radio, Pelakon dan Usahawan
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Norhanapfe Omar
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Lagu: Dag Dig Dug, Semalam, Marilah Padaku, Yo! Berdansa, Jeling Menjeling, Yang Nombor Satu, Gara Gara Malam Minggu (berduet dengan Syikin), Kerana (berduet dengan Filsuf Daly) dan banyak lagi.
  • Pengacara: Muzik TV, Selamat Pagi Malaysia (SPM), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2016 dan Anugerah Skrin (ASK) 2016.
  • Facebook: facebook.com/Haiza-Dag-Dig-Dug-131430253578764/
  • Twitter: twitter.com/haizahanafi
  • Instagram: instagram.com/haizahanafi/
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Haiza

Fakta Menarik Tentang Haiza

  1. Seorang yang suka ketawa, mudah redha, sensitif (kadang-kadang) dan suka berimaginasi.
  2. Mempunyai darah campuran Melayu-Bugis.
  3. Berkahwin pada 25 Ogos 2007 dengan jejaka pilihan hati iaitu Norhanapfe Omar yang merupakan pemain hoki.
  4. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Nur Iman Syafie.
  5. Sebelum ke Kool.FM, Haiza pernah bertugas sebagai deejay di radio KLFM (RTM) dan Best.FM di Johor Bahru.
  6. Selain GV 2015, Haiza turut menyertai program Duo Star bersama vokalis Dramaband, Aepul Roza dan dinobatkan tempat ketiga.
  7. Haiza dan Aepul Roza turut menghasilkan single bersama berjudul Jangan Pernah Berdusta.
  8. Menghasilkan produk sendiri iaitu jus kesihatan untuk wanita yang dikenali sebagai Haiza Jus Curcumae Vit – Plus di bawah syarikat HDeen Resource.
  9. Baru sahaja membuka kafe berkonsep hipster klasik yang dikenali sebagai Kafe Larut Malam di Benon, Pontian awal Februari 2017 lalu.
  10. Sepanjang kariernya sebagai penyanyi, Haiza telah menghasil tujuh buah album studio, dua album bekerjasama dan satu album kompilasi.
  11. Sedar atau tidak, Haiza telah berkecimpung dalam dunia seni selama lebih 20 tahun.
  12. Mempunyai lebih 150,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Haiza Comel

Foto Haiza

Gambar Terkini Haiza Dan Suami

Haiza Bahagia Bersama Keluarga

Haiza Bersama Anak Lelakinya

Haiza Dan Anaknya

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: