Langgan newsletter kami!
Foto PU Riz

Biodata Haris Ismail (PU Riz)

Haris Ismail atau juga dikenali sebagai PU Riz adalah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau juga merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016. Terbaru, beliau tampil dalam telefilem berunsur keagamaan berjudul Khutbah Terakhir sempena sambutan Maal Hijrah 2019. Telefilem yang turut dilakonkan oleh Ardell Aryana dan Azhan Rani ini akan disiarkan pada 1 September jam 9.00 malam di TV1 RTM.

“Saya memang takkan bersikap ekstrem selepas menceburi bidang seni ini. Jadi, saya tidak boleh nak kata apa kalau ada yang menganggap watak lakonan saya sama sahaja, iaitu lelaki alim atau ustaz. Saya sendiri akan berbincang dengan pengarah atau pihak produksi jika ada tawaran memerlukan saya menyentuh pelakon wanita bukan mahram. Jika tidak, saya akan menolaknya sahaja.”

Biodata Haris Ismail (PU Riz)

  • Nama Penuh: Muhammad Haris bin Mohd Ismail
  • Nama Komersial: Haris Ismail / PU Riz
  • Tarikh Lahir: 1995
  • Umur: 24 tahun (2019)
  • Asal: Selangor
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan:
    – Diploma Pengajian Islam Bidang Undang-undang
    – Penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Kerjaya: Pelakon dan Pendakwah
  • Drama: Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan
  • Telefilem: Khutbah Terakhir
  • Filem: Ada Apa Dengan Dosa
  • Rancangan TV: Pencetus Ummah, Akademi Sahur Asia
  • Instagram: @hrisbismail

Perkara Menarik Tentang PU Riz

  • Pernah terpalit dengan penyebaran gambar tidak senonoh. Beliau telah membuat laporan polis dan menafikan sekeras-kerasnya itu adalah gambar beliau.
  • Digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Wanna Ali.
  • Tidak kisah sekiranya masyarakat melabelnya sebagai seorang yang ‘anak emak’.
  • Pernah belajar selama setahun di Universiti Al-Azhar, Mesir pada 2012, namun kembali ke Malaysia berikutan pergolakan di negara itu.
  • Kini sedang berjinak-jinak dengan dunia usahawan menerusi perniagaan Restoran Food Station (berhadapan dengan pusat beli belah Nu Sentral, Kuala Lumpur).

Foto PU RizGambar Haris Ismail (PU Riz)

Gambar Ibu Dan Keluarga PU Riz

Haris Ismail (PU Riz) Bersongkok

PU Riz Botak

PU Riz Menunaikan Haji 2019

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: