Langgan newsletter kami!
Biodata Ikhram Juhari

Biodata Ikhram Juhari, Pelakon Berbadan Tegap Dari KL

Siapakah Ikhram Juhari? Jejaka kacak ini adalah seorang pelakon dan model kelahiran Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 10 Julai 1992, kerjayanya dalam bidang seni bermula daripada watak sampingan sahaja walaupun wajahnya seringkali keluar menghiasi iklan-iklan TV sebelum itu. Antara portfolio pengiklanan beliau adalah seperti Dashing, KFC, Proton dan banyak lagi.

Kehidupan Awal

Tidak semua kejayaan bermula dengan perkara yang mudah. Ikhram Juhari mempunyai perjalanan yang berliku dalam usahanya untuk menempatkan nama di dalam industri. Bermula sebagai seorang pekerja sambilan di restoran fastfood McDonald’s, beliau juga bekerja dalam sektor perbankan serta menolong ibunya menjual mee kari dalam masa yang sama.

Namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk menceburi bidang lakonan yang sentiasa mempunyai tempat istimewa di hatinya. Beliau mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan bermula dari bawah, bahkan beliau pernah diduga apabila terpaksa berhenti berlakon sebanyak 2 kali akibat tidak mempunyai gaji tetap sehingga dilanda masalah kewangan yang serius.

Peningkatan Kerjaya

Namun begitu namanya mula melonjak naik semenjak membuat kemunculan dalam siri drama popular ‘Setelah Terlafaznya Akad’ yang dibintangi oleh Kamal Adli dan pelakon cantik, Uqasha Senrose. Dalam drama sebanyak 28 episod itu, beliau memegang watak sebagai Rafiz. Terbaharu, Ikhram Juhari telah berlakon dalam sebuah telefilem ‘5 Hari Kita Bertemu’ yang ditayangkan melalui saluran TV2 RTM pada 20 Disember 2019. Telefilem ini diterajui oleh Josiah Hogan dan Reen Rahim.

Di media sosial, beliau kerap mendapat perhatian peminat disebabkan susuk tubuh dan wajah seiras aktor berbadan tegap Zul Ariffin. Malahan beliau pernah digelar sebagai Salman Khan Malaysia dan So Ji Sub Malaysia. Diharapkan Ikhram Juhari akan terus Berjaya membina nama di persada seni tanahair. All the best kami ucapkan!

Biodata Ikhram Juhari

  • Nama Penuh: Mohamad Noor Ikhram Bin Juhari
  • Tarikh Lahir: 10 Julai 1992
  • Umur: 27 tahun (2019)
  • Asal / Kediaman: Kuala Lumpur
  • Pekerjaan: Pelakon dan Model Iklan
  • Tinggi: 5 ft 7 in (1.78 m)
  • Berat Badan: 75 kg
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama: Kukirim Cinta, Cinta Tiada Ganti, Warkah Dari Firenzia, Nota Buat Cempaka, ‘Aku, Dia Dan Pinky Promise’, Mimpi Sabrina, Curi-Curi Cinta, Setelah Terlafaznya Akad, Diari Ratu
  • Telefilem: Boyfriend Dari Neraka, 5 Hari Kita Bertemu
  • Filem: Polis Evo, 18 Belas, Showtime 1958
  • Instagram: @ikhram_juhari

Gambar Ikhram Juhari Pelakon BaruImage Of Ikhram JuhariPelakon Juhari Badan Sado

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: