Julia Farhana Marin Pelakon Berasal Dari Sabah

Biodata Julia Farhana Marin, Pelakon Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Julia Farhana Marin, pelakon yang mula membuka mata peminat apabila membintangi drama ‘Lelaki Itu Pemilik Hatiku’ di Slot Akasia TV3. Walaupun masih muda dan juga baru dalam dunia hiburan, Julia Farhana Marin sebenarnya telah menjadi pelakon sejak berusia 12 tahun lagi. Namun minatnya itu terhalang kerana ibunya tidak membenarkannya untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan sehingga dia menamatkan pengajian di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

“Saya telah memberitahu mama untuk menjadi artis ketika berusia 12 tahun. Sewaktu itu saya memang teringin sangat untuk menjadi pelakon. Namun mama menghalang, katanya saya perlu habis belajar sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Berkat daripada kesabaran, saya akhirnya berjaya memenuhi permintaan mama, sekali gus merealisasikan impian untuk berkecimpung dalam dunia seni”

Kini Julia Marin telah membintangi banyak drama dan filem antaranya Ella Fitra, Asam Pedas Untuk Dia, Putera Makassar, Rumi dan Jawi, Ku Kirim Cinta, Lelaki Itu Pemilik Hatiku dan banyak lagi.

Syabas kami ucapkan. Semoga Julia Farhana Marin terus menjadi buruan ramai pengarah dan penerbit dan seterusnya lebih berjaya dalam dunia lakonan.

Biodata Julia Farhana Marin

  • Nama Penuh: Julia Farhana Marin
  • Nama Komersial: Julia Marin / Julia Farhana Marin
  • Umur: 23 Tahun (2017)
  • Asal: Sabah
  • Keturunan: Berdarah campuran Melayu-Itali
  • Keluarga: Anak pertama daripada tiga orang adik-beradik
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Diploma jurusan Komunikasi Massa di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Drama: Ella Fitra, Asam Pedas Untuk Dia, Warna Cinta Impian, Putera Makassar, Syurga Tanpa Cinta, Rumi dan Jawi, Cinta Roller Coaster, Satu Cinta, Hantu Punya Bos, Ku Kirimkan Cinta, Lelaki Itu Pemilik Hatiku (2017)
  • Filem: Zack Kapcai, Dorm Melati, Cinta Kolesterol dan Hospital
  • Talent: Metrowealth (MIG)
  • Instagram: @juliafarhanamarin
  • Twitter: @farhanamarin

Aksi Foto Julia Farhana Marin

Julia Farhana Marin Pelakon Berasal Dari Sabah

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: