Home / Hiburan / Biodata Mia Nasir, Adik Kepada Pelakon Anzalna Nasir
Mia Nasir Dan Shukri Yahya

Biodata Mia Nasir, Adik Kepada Pelakon Anzalna Nasir

Biodata Mia Nasir | Ramai adik-beradik yang menjadi artis dan antara yang popular adalah adik-beradik Senrose, adik-beradik Maembong dan adik-beradik Ngasri. Namun kali ini kita nak berkenalan pula dengan adik beradik kepada pelakon Anzalna Nasir iaitu Mia Nasir.

Walaupun kurang dikenali berbanding kakaknya, Mia Nasir juga adalah seorang pelakon dan model. Banyak juga drama yang dibintangi beliau antaranya drama Dendam Aurora dan Suami Tanpa Cinta. Dianugerahkan dengan wajah yang cantik, Mia Nasir mempunyai seorang adik yang juga baru berjinak-jinak dengan bidang lakonan iaitu Afifah Nasir.

“Saya mengambil semangat kakak (Anzalna) untuk berjaya dalam bidang ini. Dengan usaha dan dorongan daripada semua pihak, menjadi penguat semangat untuk meneroka bidang ini”

Jom kita berkenalan dengan lebih dekat dengan gadis yang berasal dari Penang ini.

Biodata Mia Nasir

  • Nama Komersial: Mia Nasir
  • Asal: Tasek Gelugor, Pulau Pinang
  • Tempat Tinggal: Kuala Lumpur
  • Tarikh Lahir: 11 Julai 1991
  • Umur: 26 (2017)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu (Berdarah kacukan Melayu, Cina, Punjabi dan Bugis. Bapa berketurunan Cina manakala ibunya berketurunan Punjabi)
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Adik-Beradik: Anzalna Nasir (Kakak) dan Afifah Nasir (Adik). Juga mempunyai adik beradik lain iaitu Diana Nasir, 31 tahun dan adik bongsu, Nazira Nasir, 20 tahun
  • Drama: Ariana Rose, Tentang Hati 2, Suami Tanpa Cinta, Lara Aishah, Arluna, Black Belt Kaler Pink, Dendam Aurora (2017)
  • Instagram: @mianasir91
  • Facebook: @MiaNasir91

Mia Nasir (3 Sekawan Dalam Dendam Aurora)

Mia Nasir Bertudung

Mia Nasir Dan Anzalna Nasir

Mia Nasir Dan Shukri Yahya

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: