Langgan newsletter kami!
Biodata Ozlynn Waty

Biodata Ozlynn Waty, Isteri Kepada Johan Raja Lawak

Seperti semua sedia maklum Ozlynn Waty merupakan isteri kepada pelawak popular tanahair, Johan Raja Lawak. Biarpun kurang terkenal di kaca TV, Ozlynn sebenarnya sangat aktif di belakang tabir. Di samping menjadi pengurus kepada kerja suaminya, gadis yang dikenali dengan imej berambut pendek ini sebenarnya juga merupakan seorang pelakon dan pengacara.

Ozlynn berkahwin dengan Johan Raja Lawak pada 25 Julai 2009 di Masjid Lembah Jaya, Ampang, Selangor di mana dia menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan tujuh dulang hantaran. Majlis persandingannya menyaksikan pasangan tersebut mengenakan busana ala-padang pasir. Mereka seterusnya dikurniakan 5 orang anak bernama Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq. Menerusi entri terbaru di Instagram (IG), Ozlynn menjelaskan perkahwinannya bersama Johan adalah akibat dipaksa oleh abahnya dan bersyukur apabila keputusan yang dilakukan itu adalah tepat.

Selain itu, Ozlynn juga selalu berkongsi gelagat ahli keluarganya di laman sosial terutamanya di Instagram. Antara yang menarik perhatian ialah bagaimana cara dia mendidik anak-anaknya dengan didikan agama yang baik. Dalam satu foto yang dikongsinya memaparkan anaknya yang sedang duduk di kerusi mengaji di bilik permainan. Perkongsian ini tentulah sesuatu yang baik dan boleh dijadikan tauladan ramai.

“Kamu ni anak yang soleh, merasa semua kesusahan dengan mama dan papa. Moga Allah terangkan hati kamu dengan al-Quran, sihatkan kamu dengan ibadah dan amalan, cerdaskan minda kamu untuk ujian, dan ambil kamu di saat kamu sedar dunia bukan lagi keperluan. Terima kasih Allah untuk pinjaman berharga ini. Doa aku tak akan putus untuk dia,” luahnya.

Biodata Ozlynn Waty

  • Nama Penuh: Rozlinawaty binti Ismail
  • Nama Komersial: Ozlyn / Ozlynn Wati
  • Tarikh Lahir: 22 September 1981
  • Umur: 38 tahun
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Pekerjaan: Pelakon, Pengacara, Pengurus artis
  • Status: Berkahwin
  • Nama Pasangan: Johan Raja Lawak
  • Anak: 5 orang (Ahmad Ariq Hanania, 14 tahun, Ahmad Haziq Hanania, 6 tahun, Ahmad Sodiq Hanania, 9 tahun, Nur Latifah Chantiq Hanania, 4 tahun, dan Nur Latifah Moleiq Hanania, 1 tahun)
  • Filem: Blok 404 (2018), Abang Long Fadil 3 (2020)
  • Telefilem: Hadiah Cinta Mama (2004)
  • Teater: Pawana Isabella
  • Drama: Parut Cinta (2015), Urusan Hati Cik Drama Queen (2015), Encik Suami Mat Salih Celup (2015), Misteri Jenazah (2017), Cinta Kucing Parsi (2017), Gerak Khas (Musim 17), Bukan Gadis Biasa (2019)
  • Instagram: @jozlynnhanania
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: