Langgan newsletter kami!
Biodata Remy Ishak

Biodata Remy Ishak, Pelakon Lelaki Popular Malaysia

Siapa tak kenal dengan Remy Ishak? Jejaka berbadan tegap ini adalah antara pelakon lelaki senior dan paling popular di Malaysia. Walaupun kini berusia 37 tahun, namun kelibat beliau masih lagi kerap muncul dalam drama bersiri dan telemovie popular di kaca TV. Sepanjang kerjaya seninya, Remy Ishak telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan termasuklah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia (FFM).

Sejarah Penglibatan Dalam Bidang Seni

Remy Ishak dilahirkan di Melaka namun dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berpecah-belah dan bertekad untuk mengubah nasibnya. Pada usia 18 tahun, beliau memperjudikan nasibnya untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur. Pelbagai kerja dilakukannya sehinggalah nasibnya berubah sekelip mata apabila beliau mula diperkenalkan ke dalam industri seni oleh pengarah Osman Ali pada tahun 2006.

Sejak dari itu, beliau meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009. Sebelum menjadi terkenal, Remy Ishak hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon popular. Banyak kerja yang telah dilakukannya seperti bekerja menjual ikan dan ayam, menoreh getah, menjadi kelindan lori dan menjadi buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.

Drama Popular Lakonan Remy Ishak

Antara drama TV yang mengangkat nama beliau adalah Cinta Jangan Pergi (2013) yang dilakonkan bersama watak utama lain iaitu Tiz Zaqyah dan Josiah Hogan. Selain itu, drama 28 episod ‘Kekasih Paksa Rela’ juga terus melonjakkan nama beliau dengan memegang watak sebagai Adham bergandingan dengan pelakon lain seperti Intan Najuwa, Ain Edruce dan Dayang Areeda. Drama ini ditayangkan di TV3 pada penghujung 2017 dan awal 2018.

Pada akhir 2018 dan awal 2019, Remy Ishak sekali lagi muncul dalam drama bersiri ‘Pujaan Hati Kanda’ yang merupakan antara drama terbaik ketika itu. Drama yang turut dibintangi oleh Mira Filzah ini telah menerima rating tertinggi sebanyak 12 juta penonton dan turut menjadi antara topik perbualan hangat di media sosial serta trending di Malaysia. Pada episod akhir, drama ini ditonton oleh 5 juta penonton serta menerima lebih 30 juta tontonan di platform TonTon dan juga Youtube rasmi TV3. Susulan itu, satu telefilem khas ‘Pujaan Hati Kanda Raya’ telah diterbitkan pada tahun 2019 berikutan populariti drama bersiri ini.

Satu lagi drama yang tidak kurang hebatnya adalah ‘Lelaki Kiriman Tuhan’ yang juga dilakonkan bersama aktress cantik, Mira Filzah. Drama bersiri 18 episod hasil adaptasi novel ini disiarkan melalui Slot Raihana, Astro Oasis pada 1 Oktober 2018 sehingga 28 Januari 2019.

Di layar perak pula, Remy Ishak dikenali kerana impak lakonannya dalam filem-filem blockbuster antaranya Anak Halal (2007), Evolusi KL Drift 2 (2010), Cun!(2011), Nur Kasih The Movie (2011), Jiwa Taiko (2012), Hantu Kapcai (2012) dan Pulang (2018).

Biodata Remy Ishak

  • Nama Penuh: Mohammad Zalimei Bin Ishak
  • Tarikh Lahir: 11 April 1982
  • Umur: 37 tahun (2019)
  • Asal: Melaka (namun dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan)
  • Kediaman Sekarang: Kuala Lumpur
  • Adik-Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pekerjaan: Pelakon, Pengacara, Model komersial dan Penyanyi
  • Pencapaian:
    – Pelakon TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–23 2010)
    – Selebriti Lelaki Seksi (Anugerah Stail EH! ke–2 2010)
    – Pelakon TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24 2011)
    – Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Cun! (Anugerah Skrin ke–15 2011)
    – Artis Lelaki Pilihan (Anugerah Melodi 2013)
    – Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak (Anugerah Stail EH! ke–5 2016)
    – Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Anugerah Skrin ke–21 2017)
    – Pelakon Lelaki Terbaik (Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2018)
    – Selebriti Lelaki Seksi (Anugerah Stail EH! ke-7 2019)
    – Gandingan Serasi Drama (bersama Mira Filzah) (Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 2019)
    – Pelakon Lelaki Popular Telenovela (Anugerah Telenovela ke-4 2019)
  • Instagram: @remyishak

Gambar Remi IshakPelakon Pujaan Hati KandaRemy Ishak Buat Love

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: