Langgan newsletter kami!
Rozita Ibrahim Sendayu Tinggi

Biodata Rozita Ibrahim, Pengasas Sendayu Tinggi (ST)

Biodata Rozita Ibrahim

  • Nama: Rozita Bte Ibrahim
  • Tempat Lahir: Sungai Besar, Selangor
  • Pekerjaan Bapa: Guru Sekolah Agama
  • Pekerjaan Ibu: Suri rumah
  • Bilangan Anak: 5 orang (dan ibu kepada Dato’ Aliff Syukri, Pengasas D’herbs Terlajak Laris)
  • Adik-beradik: Anak sulung daripada enam adik-beradik
  • Prinsip: Wanita perlu bangkit dan membebaskan diri daripada belenggu
  • Idola: Lim Goh Tong dan Loh Boon Siew
  • Blog Peribadi: http://www.rozitaibrahim.com
  • Pencapaian:
    – Anugerah Trofi Sri Nona (2003) dari TV3
    – Anugerah Perempuan Teristimewa (2003) dari Majalah Perempuan
    – Anugerah Tokoh Usahawan Wanita (2006) dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang disampaikan oleh Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
    – Anugerah Wanita Ikon (2007) dari Utusan Karya di atas sumbangan besar kepada masyarakat

 

Kisah Hidup Rozita Ibrahim

Puan Rozita Ibrahim merupakan seorang wanita tabah yang telah berjaya mengubah nasib hidupnya menjadi lebih baik sebagai seorang ahli perniagaan ternama.

Dibesarkan dalam keluarga yang miskin, Rozita Ibrahim telah dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarganya seawal usianya 18 tahun.

Beliau membantu suaminya menoreh getah, membekalkan makanan dan membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta menjalankan perniagaan kedai runcit di Felda Kechau 1, Gua Musang.

Hasil perkahwinan itu, beliau dikurniakan 5 orang anak namun beliau menempuhi perceraian dan terpaksa membesarkan anak-anaknya dengan sendiri.

Setelah bercerai, Rozita Ibrahim berpindah ke kota dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung hidupnya bersama anak-anak.

Beliau diuji lagi apabila anak keduanya telah meninggal dunia akibat sakit dan tidak mendapat rawatan terbaik kerana kekangan wang.

 

Kisah Kejayaan Perniagaan Rozita Ibrahim

Dengan bermodalkan RM400, beliau memulakan perniagaan dan menghasilkan formulasi herba. Menariknya, beliau sanggup menjalankan ujikaji pada dirinya sendiri. Beliau telah menggemukkan badannya dan menurunkan semula berat badannya.

Kemudian, Rozita Ibrahim menjual produknya dari rumah ke rumah, kepada kawan-kawan dan jiran-jiran terdekat. Sambutan yang menggalakkan telah mendorong beliau untuk menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise dan menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran Klang.

Hari ini Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd sudah mempunyai 9 buah anak syarikat yang sangat membanggakan dan salah satu daripadanya adalah Jamu Ratu Malaya. Syarikatnya juga kini mampu memiliki bangunan serta kilang pemprosesan herba yang tersendiri selain mempunyai lebih 2,000 orang pengedar di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura, Jepun, China, Taiwan dan Korea.

 

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: