Langgan newsletter kami!
Gambar Cover Sean Lee

Biodata Sean Lee, Pelakon Drama Melayu Berketurunan Cina

Siapakah Sean Lee? Jejaka tampan ini merupakan seorang personaliti YouTube, pengacara dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali ramai apabila membawa watak Joe dalam drama bersiri Keluarga Pontimau pada tahun 2015. Sebelum menyertai bidang seni, Sean aktif sebagai pencipta isi kandungan untuk YouTube sejak 2013. Sehingga kini, channel Youtube beliau iaitu ‘seanlje‘ sudahpun mengumpul hampir 60k subscribers.

Mengenai agama yang dianutinya, ramai peminat yang bertanya adakah beliau beragama Islam? Susulan itu, dalam satu temubual bersama sebuah akhbar popular, Sean Lee menegaskan yang beliau bukanlah bergama Islam.

“Saya membawakan watak seorang pemuda Cina bernama Chan yang memasuki agama Islam. Saya percaya, setiap orang akan hilang arah tanpa adanya pegangan agama. Jadi, dalam video itu, saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pelakon. Cuma, berlaku sedikit kesilapan ketika melakukan adegan solat yang membuatkan ramai pengikut meninggalkan komen. Bagaimanapun, komen-komen yang ditinggalkan tidaklah teruk. Mereka sekadar menegur secara baik kerana faham saya bukanlah penganut agama Islam,” katanya memberi penjelasan kepada Utusan Online.

Terbaharu, Sean Lee bakal muncul dalam drama bersiri Demi Rindumu. Drama yang turut dibintangi oleh Janna Nick ini akan ditayangkan di Slot MegaDrama Astro Ria pada Oktober ini.

Biodata Sean Lee

  • Nama Penuh: Sean Lee Jia Ern
  • Nama Komersial: Sean Lee
  • Nama Lain: Sean LJE
  • Tarikh Lahir: 17 Ogos 1994
  • Umur: 25 tahun (2019)
  • Asal: Subang Jaya, Selangor
  • Pendidikan: Diploma Seni Dan Persembahan, Kolej Sunway
  • Agama: Non-Muslim
  • Bangsa: Cina
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Pengacara TV, Personaliti YouTube
  • Drama: Road To Ramlee, Keluarga Pontimau, My Coffee Prince, Bimbi & Bonni Misi 007, Sepasang Awan Putih, Demi Rindumu
  • Telefilem: Biah Sport, Epok, Anak Mat Salleh Tapi Melayu, Cinta Kucing Parsi
  • Pengacaraan: I Can See Your Voice Malaysia Musim Kedua (bersama Shuk)
  • Instagram: @seanlje
  • Twitter: @seanlje

Perkara Menarik Tentang Sean Lee

  1. Mempunyai perwatakan yang selamba, lucu dan bersahaja.
  2. Meminati kerja-kerja di belakang tabir seperti suntingan dan penerbitan video.
  3. Menjadikan pelakon antarabangsa Zac Efron, penyanyi Justin Bieber dan pelawak Jihan Muse sebagai sumber inspirasi.
  4. Gemar melancong dan sehingga kini sudah mengembara ke Jepun, Korea, Macau, Australia, Finland dan banyak lagi, namun masih menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat.
  5. Turut terlibat dalam dunia keusahawanan menerusi perniagaan Kafe Atap Rooftop di Bandar Sunway, Selangor.

Foto Sean LeeGambar Cover Sean Lee

Gaya Korea Sean Lee

Sean Lee Artis Cina

Sean Lee Dan Mira Filzah Sweet Dreams

Sean Lee Pakai Songkok Melayu

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: