Langgan newsletter kami!
Aksi Comel Siti Khadijah Halim

Biodata Siti Khadijah Halim, Pelakon Drama Dia Yang Ku Cinta

Biodata Siti Khadijah Halim | Siti Khadijah Halim merupakan pelakon baharu yang menarik perhatian peminat drama tanahair apabila muncul dalam drama adaptasi novel berjudul Dia Yang Ku Cinta. Dalam drama di Slot Samarinda TV3 tersebut, beliau membawakan watak Lara Andrew iaitu anak kepada Puan Marhanna lakonan Catriona Ross. Antara pelakon lain yang turut sama menjayakan drama tersebut adalah Syerinie Myra, Sharnaaz Ahmad, Luqman Hafidz, Afieq Shazwan, Riena Diana, Sabrina Ali, Jovi Heng, Izzy Reef, Arash Mohd, Zila Bakarin dan ramai lagi.

Jom terjah biografi Siti Khadijah Halim.

Biodata Siti Khadijah Halim

  • Nama Penuh: Siti Khadijah binti Abdul Halim
  • Panggilan: Siti
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Menetap: Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Tarikh Lahir: –
  • Umur: 22 tahun (2019)
  • Adik beradik: Mempunyai empat orang adik-beradik
  • Pendidikan: Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Pelakon, Model dan Instafamous
  • Drama: Dia Yang Ku Cinta, Rumah Siti Khadijah
  • Telefilem: Cerai
  • Pencapaian: Juara Gadis Panca NR Mingguan Malaysia (2017)
  • Instagram (IG): @sitikhadijahhalim
  • Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCClhsu2S_NQnoOgHverfUtA

Fakta Menarik

  • Merupakan seorang yang pemalu namun berjiwa romantik.
  • Suka melancong dan destinasi kegemaran ialah negara Jepun.
  • Sangat menggemari kucing.
  • Mula mencuri perhatian peminat selepas muncul dalam video muzik berjudul Bunga, nyanyian Kugiran Masdo.
  • Mempunyai raut wajah yang cantik dan dikatakan mempunyai iras penyanyi popular Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari.
  • Banyak berkongsi gambar-gambar selfie dan foto menarik OOTD (Outfit Of The Day) di Instagram.
  • Mempunyai channel Youtube dan sering memuatnaik video-video tutorial solekan.
  • Memenangi pertandingan Gadis Panca NR Mingguan Malaysia (2017) dengan menewaskan 11 peserta akhir lain. Dalam pertandingan tersebut, beliau membawa watak lakonan monolog bertajuk Girlfriend Aku Dari Neraka, sebuah karya ciptaannya sendiri.
  • Sebagai juara Gadis Panca NR Mingguan Malaysia, beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, pakej pelancongan ke London, United Kingdom serta tawaran kontrak lakonan bersama A. Aida Production selama dua tahun.
  • Kerjaya seninya dikendalikan oleh syarikat pengurusan bakat, Datuk A. Aida.

Gambar Bertudung

Awek Melayu CunGadis Sekolah CantikSiti Khadijah Halim Pakai Baju Sekolah

Siti Khadijah Halim Selfie

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: