Langgan newsletter kami!
Biodata Sofyank (Mohamad Sofian)

Biodata Sofyank (Mohamad Sofian), Terkenal Kerana Video Magik Ala Zach King

Biodata Sofyank | Siapakah Sofyank? Beliau adalah jejaka kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang sangat terkenal dengan video-video berunsur magik. Beliau mula menempa populariti di media sosial selepas video manipulasi suntingannya menjadi tular di Instagram dan Youtube. Hampir semua video yang dihasilkannya diubahsuai dengan menggunakan ‘trick’ kamera dan suntingan video digital hingga menjadikannya begitu unik dan berunsur ‘wow’. Jika anda pernah menonton video-video ciptaan Zach King, tentu anda juga akan meminati Sofyank kerana pemuda ini adalah idola Sofyank.

Susulan video viral yang selalu dihasilkannya, Sofyank pernah dipanggil untuk membuat penampilan dalam rancangan TV hiburan popular, MeleTOP yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad. Dalam rancangan itu, beliau bercerita tentang pengalaman beliau menghasilkan video bersama aktor popular Hollywood, Will Smith. Wow.. bukan senang dapat berjumpa dengan Will Smith, malahan dapat bekerjasama membuat video pula tu!

Hebat dan tahniah buat Sofyank yang kini mempunyai seramai hampir 500k pengikut di IG dan 250k subscriber di Youtube. Semoga anda terus mengharumkan nama negara di masa akan datang. Good luck dari kami.

Biodata Sofyank

  • Nama Penuh: Mohamad Sofian bin Abdullah
  • Nama Komersial: Sofyank / Sofyank96
  • Umur: 24 tahun (2020)
  • Asal: Kota Bharu, Kelantan
  • Adik-Beradik: Anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik
  • Kelulusan: Berkelulusan dalam bidang perakaunan, namun kini bekerja sebagai juruvideo di sebuah syarikat swasta
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Instafamous dan Juruvideo (Video Editor)
  • Instagram: @sofyank96
  • Youtube: @sofyank96

Fakta Menarik

  • Mula menghasilkan video pendek sejak berusia 14 tahun.
  • Berjaya dalam bidang suntingan video walaupun tidak mempunyai pendidikan formal dalam ‘video editing’.
  • Menjadikan Zach King sebagai idola yang menjadi penyebabnya terbabit dalam bidang pengeditan video.
  • Impian bertemu Zach King tercapai pada Julai 2019 apabila pemuda dari Amerika Syarikat itu mempelawa serta menaja penginapan serta pengangkutan untuk bertemunya di Jakarta, Indonesia. Malah Zach turut menjemput Sofyank ke Los Angeles untuk lawatan ke studio mereka.
  • Antara hasil kerja yang paling mencuri perhatian adalah video hasil kolaborasi dengan aktor Gemini Man, Will Smith yang memuat naik semula video suntingannya di Instagram.

Berikut adalah sedutan episod MeleTOP yang mana Sofyank ditemuramah oleh Neelofa dan Nabil Ahmad.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: