Langgan newsletter kami!
Image Of Syida Melvin

Biodata Syida Melvin, Adik Kepada Pelakon Syatilla Melvin

Pelakon baru, Syida Melvin yang muncul dalam drama Rahasia Kasih yang bersiaran di saluran ntv7 baru-baru ini telah mencuri perhatian peminat. Untuk rekod, gadis ini merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin.

“Sebelum ini, saya sering menemani kakak ke lokasi penggambaran drama. Ketika itu saya baru berusia 16 dan 17 tahun. Lama kelamaan minat dalam bidang lakonan itu datang dengan sendirinya. Justeru, saya memberanikan diri menghadiri sesi uji bakat lakonan sempena penganjuran Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Di situlah bakat saya dihidu penerbit drama Fadzil Teh seterusnya dilamar untuk berlakon dalam telefilem Dodol, sekali gus penampilan pertama dalam drama untuk saluran RTM”

Biodata Syida Melvin

  • Nama Penuh: Siti Nur Syida binti Amirol Melvin
  • Nama Komersial: Syida Melvin
  • Umur: 21 tahun (2018)
  • Asal: Nibong Tebal, Pulau Pinang
  • Ibu bapa: Bapa berketurunan Jepun manakala ibu berketurunan Melayu
  • Adik-Beradik: Anak ke-4 daripada lima orang adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Model
  • Drama: Dodol Untuk Menantu, Antaranya Cinta Yang Ku Rasa, Rahasia Kasih (2018)
  • Instagram: @syidamelvin
  • Facebook: https://www.facebook.com/syida.melvin

Perkara Menarik Tentang Syida Melvin

  1. Mempunyai lima orang adik-beradik perempuan dan merupakan anak ke-4 iaitu adik kepada Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin, Syifa Melvin dan mempunyai seorang adik iaitu Melvina.
  2. Mempunyai penampilan bertudung.
  3. Mengikat tali pertunangan dengan Mohamad Syafiq Azim Bin Datuk Seri Shaheen, 29 tahun, yang merupakan anak lelaki kepada usahawan wanita berjaya yang digelar ‘Iron Lady’ iaitu Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid. Tunangnya juga merupakan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Kumpulan Securiforce Sdn Bhd.
  4. Dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang pada Januari 2019.

Fesyen Hijab Syida Melvin

Syida Melvin Bertudung

Gadis Lesung Pipit Syida Melvin

Gambar Syida Melvin Bersama Bakal Suami

Gaya Tudung Syida Melvin

Image Of Syida Melvin

Wany Hasrita Dan Syida Melvin

Foto Syida Melvin Ketika Remaja

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: