Biodata Usop Mentor | Berbekal semangat tidak mudah putus asa, jejaka bernama Muhammad Saiful Naim Muhd Noor layak bergelar protege kepada penyanyi hebat tanah air, Hazama menerusi program realiti nyanyian terbitan TV3, Mentor Milenia 2017.

Mesra disapa Usop, figura kelahiran negeri jelapang padi itu menjadi sensasi sejak video ujibakat dan persembahan pertamanya tular di media-media sosial.

Jangan buang masa, jom kita berkenalan lebih dekat dengan pemuda yang mempunyai suara serak basah power ini.

Biodata Usop

Trivia Menarik Usop

  • Sangat pekat dengan loghat utaranya.
  • Mudah mesra, kelakar dan ‘gila-gila’.
  • Mempunyai kumpulan muzik sendiri yang dikenali sebagai Livinaband.
  • Mentor Milenia 2017 merupakan pertandingan nyanyian pertama yang disertainya.
  • Suka memakai cermin mata hitam.
  • Sebelum berjaya menjadi protege Hazama, Usop terpaksa menempuhi 2 ujibakat bersama mentor lain iaitu Black dan Akim.
  • Datuk Jamal Abdillah merupakan idolanya dalam dunia seni suara.
  • Mempunyai 175,000 pengikut di Instagram miliknya.
  • Menjadi perhatian kerana dikatakan mempunyai hubungan mesra dengan seorang lagi peserta Mentor iaitu Balqis.
Carian Berkaitan: usop mentor biodata, Usop m, usop mentor, usop mentor profile