Langgan newsletter kami!
Biodata Ustaz Fathi Naim

Biodata Ustaz Fathi Naim

Hari ini kami akan berkongsi tentang biodata Ustaz Fathi Naim. Siapakah beliau? Muhammad Fathi Na’im Mazlam atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fathi Naim merupakan salah seorang pendakwah bebas. Jika anda selalu melayari media sosial terutamanya berkaitan keagamaan tentunya #fyp anda akan familir dengan figura ini.

Beliau sering terlihat di media sosial memberikan ceramah agama serta perkongsian ilmu. Di samping itu, beliau juga aktif berdakwah melalui lagu-lagu nasyid.

“Segalanya bermula sejak 2015, ketika saya diundang untuk menyampaikan kuliah subuh di sebuah masjid di Subang Bestari, Selangor. Seperti biasa, saya pasti akan menyelitkan alunan zikir dalam kuliah. Selepas kuliah tamat, saya dihampiri oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Isman daripada kumpulan Hijjaz. Isman menyatakan tertarik dengan suara saya dan mengajak untuk merakamkan sebuah album zikir,” – Ustaz Fathi Naim

Biodata Ustaz Fathi Naim

  • Nama Penuh: Muhammad Fathi Na’im Mazlam
  • Nama Lain: Ustaz Fathi Naim
  • Umur: 31 tahun (2023)
  • Tempat Lahir: Terengganu
  • Jantina: Lelaki
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Pelajar kelulusan Universiti Yamaniah, Sana’a, Yemen
  • Pekerjaan: Pendakwah bebas dan penyanyi
  • Status: Berkahwin
  • Anak: 8 orang

Fakta Menarik Tentang Ustaz Fathi Naim

  • Telah berkahwin dan mempunyai tiga orang isteri.
  • Dikurniakan lapan orang anak yang berusia di antara 2 hingga 12 tahun.
  • Berjaya melancarkan tiga buah album zikir. Album pertama berjudul Doa dan Zikir dan album kedua berjudul Al-Azkar. Kedua-dua album tersebut telah mengutip sehingga 20,000 unit jualan.
  • Album ketiga yang berjudul Al-Wafa pula berjaya mencatat jualan sehingga 3,000 unit dalam masa sebulan selepas dilancarkan.
  • Pernah bekerja sama dengan Oki Setiana Dewi dalam projek pembuatan video klip lagu yang berjudul ‘Salam Rindu’ pada tahun 2018.
  • Pernah menghidapi sakit ‘slipped disc‘ iaitu bila mana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal yang mengakibatkan tekanan pada saraf tunjang, lalu menyebabkan rasa sakit berdasarkan saraf yang terjejas.

“Matlamat saya terjun ke industri ini bukanlah untuk menjadi artis semata-mata. Sebenarnya, apabila menerbitkan album ini saya mahu masuk ke dalam platform dakwah yang lebih luas. Saya mahu ruang dakwah secara zikir dan tazkirah pendek yang diselitkan dalam album ini sampai kepada orang ramai,”

Biodata Ustaz Fathi Naim Pendakwah Bebas

Sumber: MyBuletinMalaysia

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: