Siapa Yusuf Bahrin? Beliau adalah pelakon dalam drama ‘Sweet Dreams‘ yang sedang hangat ditayangkan di kaca TV ketika ini. Watak Dr. Amar, iaitu rakan Qash dalam drama bersiri tersebut telah memberi impak yang besar kepada Yusuf Bahrin.

Rata-rata peminat baru sahaja mengenali pelakon ini walaupun beliau sebelum ini pernah membintangi lima lagi drama lain iaitu Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Asam Pedas Cendol Sejoli, Calon Menantu Tuan Rumah, Abang Tinted & Handbag Ajaib dan Kau Yang Pertama. Mungkin peranan beliau sebagai pelakon tambahan menjadi penyebab kepada perkara ini.

Sebelum bergelar pelakon, Yusuf Bahrin pernah terlibat dalam perniagaan kedai gunting rambut di Melaka selama dua tahun. Selain itu, beliau juga pernah bekerja secara sambilan sebagai jururunding kewangan.

Apapun, semoga terus maju dan sukses dalam bidang lakonan. Jom kita semak profile Yusuf Bahrin seperti di bawah.

Biodata Yusuf Bahrin

  • Nama Penuh: Muhammad Yusuf Bin Bahrin
  • Nama Komersial: Yusuf Bahrin
  • Asal: Shah Alam, Selangor
  • Tarikh Lahir: 8 Jun 1992
  • Umur: 27 tahun (2019)
  • Ibubapa: Bahrin Tahir (ayah) dan Hanita Ajis (ibu)
  • Adik Beradik: Anak sulung dalam keluarga. Mempunyai dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon
  • Drama: Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Asam Pedas Cendol Sejoli, Calon Menantu Tuan Rumah, Abang Tinted & Handbag Ajaib, Kau Yang Pertama, Sweet Dreams
  • Instagram: @yusuf_bahrin

Foto Yusuf Bahrin Pakai SingletGambar Yusuf Bahrin

Yusuf Bahrin Dan Ibubapa Kandung

Yusuf Bahrin Dan Mira Filzah

Carian Berkaitan: yusuf bahrin dan aeril zafrel, yusuf bahrin dan nasz sally, profil yusuf bahrin, profile yusuf bahrin