Langgan newsletter kami!
Wajah Kacak Zoey Rahman

Biodata Zoey Rahman, Aktor Berwajah Jambu Dari Terengganu

Biodata Zoey Rahman | Sudah lama tidak melihat wajah aktor bernama Zoey Rahman ini di kaca televisyen. Jika diimbas kembali, Zoey Rahman sangat popular di kalangan remaja dan kanak-kanak satu masa dahulu kerana seringkali mengacarakan program berbentuk santai dan kanak-kanak terutamanya di saluran Astro.

Barangkali, figura berwajah jambu ini sibuk dengan urusan untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Terkini, anak jati Terengganu ini muncul dalam drama bersiri berjudul Arluna bergandingan dengan Saharul Ridzwan dan Anzalna yang telah ditayangkan di Astro Prima 105 mulai 8 Mei 2017 menggantikan drama Papa Ricky.

Biodata Zoey Rahman

  • Nama Penuh: Mohd Hairey Azhar Abd Rahman
  • Nama Komersil: Zoey Rahman
  • Tarikh Lahir: 3 Januari 1985
  • Umur: 32 Tahun (2017)
  • Asal: Besut, Terengganu
  • Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model dan Usahawan Kecantikan
  • Status: Bujang
  • Drama/Telefilem: Arluna, Tuan Rumah Pembantu Rumah, Geng Bas Sekolah, Bong, Demi Dia, Impian Illyana, Gol & Gincu, Hikayat Putera Shazlan, Kisah Kaisara, Afi Dan Abah, Datang Bulan, Puteri Labu dan banyak lagi.
  • Host TV: Gerak Geri Gasing, Rekativiti, Pesbukers, Siapa Ligat, Harta Dalam Stor, Sekarang Baru Tahu, Gaya R dan banyak lagi.
  • Filem: Tanda Putera, Permata Hati dan Aku Haus Darahmu
  • Facebook: facebook.com/zoeyrahman7
  • Twitter: twitter.com/zoeyrahman7
  • Instagram: instagram.com/zoeyrahman
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Zoey_Rahman

Trivia Menarik Zoey Rahman

  1. Graduan Diploma Pereka Dalaman, Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Lebih selektif dalam memilih sesuatu tawaran lakonan kerana sering kali diberikan watak yang lebih kurang sama dalam lakonan seperti menjadi budak kolej dan pelajar sekolah menengah.
  3. Mengimpikan untuk membawa watak antagonis.
  4. Suka melancong dan memgembara ke luar negara. Antara negara yang pernah dilawati Zoey setakat ini seperti Jepun, Korea, Australia, Jerman, Vietnam dan China.
  5. Menjalankan bisnes produk penjagaan kulit iaitu Mika Series.
  6. Sudah 12 tahun bergelar anak seni.
  7. Pernah menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia 2012 bersama Dafi.
  8. Pernah digosipkan berkahwin dengan pereka fesyen, Dato’ Nadia Marni.
  9. Pernah menjalinkan hubungam cinta dengan seorang peguam tetapi putus di tengah jalan.
  10. Mempunyai hampir 800,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Lelaki Zoey Rahman Berbadan Sasa

Gambar Zoey Rahman Segak Berbaju Melayu Tradisi

Wajah Kacak Zoey Rahman

Zoey Rahman Bergambar Dengan CTDK

Zoey Rahman Berkaca Mata

Zoey Rahman Bersama Mira Filzah Dan Elfira Loy

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: