Semak Nama Penerima Poslaju?
Ramai pelanggan selalu bertanya, bolehkah kita menyemak barang yang dihantar melalui Poslaju hanya dengan menggunakan nama penerima? Setakat artikel ini ditulis, Poslaju tidak menyediakan perkhidmatan sebegitu atau sekurang-kurangnya masih belum ada perkhidmatan semakan menggunakan nama sahaja.
Mungkin banyak faktor yang perlu diambilkira sebelum penyemakan melalui nama dibuat. Antaranya ialah nama sahaja bukanlah sesuatu yang unik. Cuba kita bayangkan, dalam Malaysia sahaja, ada berapa ramai orang yang bernama Amir atau Fatimah atau Fatihah? Tentu jika semakan berdasarkan nama dibuat ianya tidak praktikal dan lebih menyusahkan pengguna. Malah akan timbul kekeliruan tentang pemilik atau penerima sebenar barangan yang dihantar.
Jadi perlu ada semakan penerima Poslaju menggunakan IC atau No Kad Pengenalan? Sememangnya No IC setiap orang adalah unik dan tidak dikongsi, namun begitu sehingga kini pihak Poslaju belum lagi melaksanakan No IC sebagai item mandatori untuk penghantar mahupun penerima surat atau bungkusan. Mungkin juga ianya sebagai privasi kerana No IC adalah maklumat yang sensitif
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, pihak Poslaju tidak menyediakan fungsi semak nama penerima Poslaju. Perkhidmatan yang disediakan adalah menggunakan nombor tracking kurier atau consignment note sahaja. Jika anda tiada maklumat ini, anda tidak akan dapat menyemak status barang yang dihantar.
Pihak Pos Laju telah menyediakan satu sistem untuk menyemak status barang yang dipos secara atas talian (online). Perkhidmatan ini amat memudahkan pelanggan kerana tidak perlu ke kaunter atau perlu membuat panggilan ke pejabat pos hanya untuk mengetahui status barangan mereka. Pelanggan boleh membuat semakan terus secara online, namun jika ada masalah lain, pelanggan boleh bertanya terus di kaunter pejabat pos yang berkaitan.
Untuk menyemak status dan tracking barang yang dihantar melalui Poslaju, sila klik link di bawah.
Takde no tracking tapi nak pergi ambil
Nak tnya surat saya ada dk disana
Selamat petang saya mahu tanya cek duit epf saya masuk pakai cek bernama
ricky anak dio
Lot121,lorong 1f taman sri jaya park sri aman
Adakah sudah sampai atau belum
Sy nk semak cek jurubank i lestari..dh lepith ke kwsp.trbaru sy dh updte akuan bank..so sekarang nj tnya cek untuk bulan 5/6 smpai sekarang xdpt dikesan..mohon kerjasama
Barang sy dh nk msk 3 minggu x smpai2 lgi