Home / Makanan / Cara Masak Maggi Supaya Lebih Sedap
Maggi Telur Yang Sedap

Cara Masak Maggi Supaya Lebih Sedap

Cara Masak Maggi. Maggi adalah makanan segera yang paling digemari ramai terutamanya maggi perencah kari. Masyarakat Malaysia memanggil mee segera itu sebagai maggi kerana kemasyhuran produk itu sendiri. Lantaran jenama maggi itu sendiri menjadi lebih besar daripada mee segera.

Dengan rasa yang enak dan mengenyangkan, tentu sekali ia menjadi stok makanan kecemasan bagi sesetengah orang terutamanya yang bujang bagi menggantikan makanan asas untuk dibuat pengalas perut.

Namun, maggi kini bukan seperti dulu lagi. Di sesetengah kedai makanan terutamanya restoren mamak, anda boleh order maggi. Siap ditambah dengan telur ‘goyang’ lagi! Begitulah hebatnya cara orang Malaysia menikmati mee segera yang dipanggil maggi ini.

Kembali semula kepada cara memasak, tentu sekali anda boleh memasak maggi dengan hanya menambah  air panas sahaja. Namun tahukah anda, ada cara yang lebih baik untuk memasak maggi agar ianya menjadi lebih sedap dan berkhasiat. Jom ikuti resepi cara masak maggi ini.

Bahan Memasak Maggi

  • 2 bungkus maggi kegemaran (disyorkan Maggi Kari atau Maggi Tom Yam)
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 2 biji telur
  • 5 biji cili api – jika mahu lebih pedas
  • Sedikit minyak masak
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • 5 ekor udang
  • Sayur sawi (jika suka)
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Kicap (Optional)

Cara Memasak Maggi

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga harum.
  2. Masukkan sedikit air dan kacau perlahan-lahan.
  3. Tambah perencah maggi kari atau tom yam.
  4. Kacau hingga mendidih.
  5. Masukkan telur dan masak dengan api kecil hingga telur sedikit mengeras (mengikut citarasa).
  6. Tambahkan udang, sawi dan masak sekejap lagi.
  7. Masukkan sedikit kicap jika perlu.
  8. Buka pembungkus mee segera maggi, masukkan ke dalam periuk dan biarkan sehingga lembut. Jangan masak terlalu lama kerana ia akan ‘overcook’ dan menjadi kembang.
  9. Matikan api.
  10. Tabur hirisan daun sup, bawang goreng, cili merah dan cili hijau sebelum dihidangkan.
  11. Maggi sedap dimakan terus apabila siap dimasak. Jangan tunggu sehingga ia sejuk atau mee akan menjadi kembang.

Maggi Kari LetupMaggi Kari

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: