Langgan newsletter kami!
Masak Lauk Sardin

Cara Masak Sardin Yang Cepat dan Sedap

Makan nasi dengan lauk ikan sardin dalam tin biasanya dikaitkan dengan resepi orang bujang. Betul ke? Tak juga sebenarnya sebab sardin tak lah semurah telur, tambahan lagi kalau guna sardin tin berjenama seperti Ayam Brand. Tetapi sesekali tukar selera makan sardin sedap juga kan? Jom kita lihat resepi ringkas cara masak sardin dalam tin homemade ini.

Sebenarnya banyak cara boleh digunakan untuk memasak lauk sardin ini antaranya sardin berkuah, sardin hancur, sambal sardin, sardin masak dengan telur dan bermacam lagi. Malah influencer popular Khairul Aming pernah buat video tentang variasi cara memasak lauk sardin. Cuma pada kali ini kita nak tengok resepi yang ringkas sahaja.

Cara Masak Sardin Paling Malas (Level 0)

Ini adalah cara masak sardin yang paling simple, mudah tetapi masih sedap. Bagi yang tak makan sayur mahupun bawang sekali pun tak makan, boleh keluarkan sahaja daripada bahan memasak.

Bahan-bahanĀ 

  • 1 tin sardin
  • 3 ulas bawang putih – dimayang atau diketuk
  • 1 biji bawang besar – dihiris halus
  • Secubit garam / secukup rasa
  • Secubit gula (jika suka, saya tak letak)
  • Minyak masak – sedikit sahaja untuk goreng / tumis bawang
  • Air kosong – isikan air kira-kira 1/5 daripada tin sardin (untuk lebih berkuah boleh tambah lagi air dan sesuaikan dengan tambahan garam jika perlu)

Cara-cara Memasak

  • Masukan sedikit minyak ke dalam kuali.
  • Tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih. Bila sedikit garing dan naik bau. Jangan masak bawang terlalu lama nanti bawang akan hancur.
  • Buka tin sardin dan masukkan ikan sardin ke dalam kuali.
  • Masukkan air dengan anggaran 1/5 isipadu tin sardin tadi. Bagi yang suka kuah pekat atau kuah banyak, boleh tambah atau kurangkan jumlah air.
  • Masukkan secubit garam dan sedikit gula.
  • Biarkan mendidih dan ikan sardin menjadi masak
  • Kecilkan api dan biarkan ia mereneh dalam 2 minit.
  • Siap!

Resepi Memasak Ikan Sardin

Cara Masak Sardin Next Level (Level 1)

Bahan-bahan

  • 1 tin sardin
    (Disyorkan jenama sardin yang premium dan sedap seperti Ayam Brand dan King Cup)
  • 1 biji bawang besar – dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih – dimayang atau diketuk
  • 1 biji lada hidup – dimayang
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Garam, gulaĀ danĀ kicap secukup rasa
  • Tomato dan ubi kentang (optional)

Cara-cara Masak Sardin

  1. Masukan sedikit minyak ke dalam kuali.
  2. Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan lada hidup hingga garing dan naik bau.
  3. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sardin dan kacau rata. Pastikan kacau secara perlahan-lahan agar ikan sardin tadi tidak hancur.
  5. Masukkan air dengan anggaran 1/5 isipadu tin sardin tadi. Bagi yang suka kuah pekat, kurangkan lagi jumlah air.
  6. Masukkan secubit garam, satu sudu kecil gula dan sedikit kicap manis.
  7. Boleh tambah tomato dan ubi kentang jika suka.
  8. Bila sudahĀ mendidih, kecilkan api dan biarkan ia mereneh dalam 2 minit.
  9. Lauk sardin ringkas sedia untuk dihidang.

King Cup Dan Ayam Brand Sardin Cara masak sardin - Lauk Ikan Sardin Masak Lauk Sardin

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

3 comments

  1. ringkas tp sedap!!ā¤ļø

  2. Cara-Cara No. 2 – Kenape nak masukkan ikan sardin dalam tin, bukan dalam kuali?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: