Langgan newsletter kami!

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Pantas dan Berkesan

Setiap orang mahukan kulit yang sihat dan cantik sama ada lelaki mahupun wanita. Jerawat adalah masalah biasa di kalangan remaja tetapi ia juga boleh terjadi kepada orang dewasa. Jerawat terjadi apabila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang. Punca jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah perubahan hormon yang menjadi penyebab utama jerawat di kalangan wanita. Faktor lain seperti genetik yang mana ahli keluarga mempunyai banyak jerawat juga memainkan peranan di samping penggunaan pil perancang, ubat steroid, kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutupi liang minyak juga boleh menjadi punca berlakunya masalah jerawat. Bagi anda yang tercari-cari petua dan cara menghilangkan jerawat, berikut adalah koleksi petua cara merawat jerawat.

Cara Menghilangkan Jerawat Secara Tradisional

Perawatan jerawat secara tradisional memerlukan bahan-bahan yang mudah dan biasa terdapat di dapur. Pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah segar dan bersih. Cara untuk merawat jerawat secara tradisional adalah dengan pecahkan sebiji telur dan pukul putih telur sehingga sedikit berbuih. Kemudian, tumbuk sepotong kecil lobak merah bersama seulas bawang putih. Jangan terlebih bawang putih kerana dikhuatiri akan merosakkan kulit anda. Seterusnya, campurkan bawang putih dan lobak merah tersebut berserta satu sudu kecil madu ke dalam putih telur yang dipukul tadi. Kacau sehingga sebati. Setelah itu, sapu pada muka anda dan biarkan selama 30 minit. Kemudian basuh muka anda. Ulang langkah ini setiap malam sebelum tidur selama seminggu. Mudah-mudahan anda mendapat hasil yang diinginkan.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Tomato

Caranya adalah, belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka atau tempat jerawat dan biar sekurang-kurangnya 1 jam sehingga kering. Kemudian bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan dengan memakan tomato.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lidah Buaya atau Aloe Vera memang terkenal dalam produk kesihatan terutamanya pencuci muka. Ini kerana selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya adalah, ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya. Sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan malam. Lakukan secara konsisten untuk hasil yang terbaik.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Daun Teh

Caranya adalah, didihkan daun teh selama beberapa minit. Setelah daun teh itu menjadi lembut, ambil dan tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Air Kelapa

Bersihkan muka seperti biasa. Kemudian cuci bahagian yang berjerawat dengan air kelapa. Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan setiap 2 hari

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: