Langgan newsletter kami!
JPA Dan Perkhidmatan Awam

Cara Pengiraan Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam

Apa Itu GCR?

Gantian Cuti Rehat atau GCR adalah hadiah wang tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan. Award Gantian Cuti Rehat berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada penjawat awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.

GCR hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam. Namun begitu, pemberian GCR tidak diberikan kepada pegawai kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

Pengumpulan Cuti Rehat

Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am Bab C.

Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan ‘Award’ Gantian Cuti Rehat ini. Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, di dalam kenyataan cuti dan rekod perkhidmatan anggota berkenaan. Sebarang cuti rehat yang terlebih ambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada pengiraan jumlah cuti yang terkumpul.

☑️ Kemaskini:

  • GCR dinaikkan kepada 160 hari berdasarkan pembentangan Bajet belanjawan 2022.
  • GCR dinaikkan sekali kepada 180 hari seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob melalui Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XVIII pada 30 Ogos 2022

Formula Cara Pengiraan GCR

Pemberian wang tunai gantian cuti rehat adalah tertakluk maksimum 150 hari (kini 180 hari). GCR adalah dikira berdasarkan formula yang berikut:

1/30 x gaji yang akhir diterima x jumlah bilangan cuti rehat yang terkumpul

(tertakluk kepada maksimum peraturan yang berkuatkuasa)

Gaji akhir diterima adalah meliputi Gaji Pokok Hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.

Contoh pengiraan GCR adalah seperti gambar di bawah.

Cara Pengiraan GANTIAN CUTI REHAT

☑️ Kemaskini:
Berdasarkan pembentangan Bajet belanjawan 2022 yang terkini, kakitangan kerajaan yang telah bekerja selama 15 tahun atau lebih, layak untuk membuat penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari (maksimum).

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;
  • Pegawai telah mencapai umur 45 tahun;
  • Jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;
  • Bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan
  • Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

GCR Naik Lagi Ke 180 Oleh PM Ismail Sabri MPPA

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: