Langgan newsletter kami!
Logo Astro

Cara Semak Bil Astro Secara SMS dan Online

Jika anda adalah pelanggan stesen TV berbayar, tentu sekali anda hendak tahu cara mudah untuk menyemak bil Astro terkini. Bukan sahaja senang dan menjimatkan masa malah perkhidmatan yang anda langgan juga tidak akan terganggu atau dipotong. Ia juga dapat memastikan anda membuat bayaran mengikut jumlah dan tarikh yang telah ditetapkan seterusnya mengelakkan gangguan perkhidmatan.

Kini terdapat pelbagai saluran untuk menyemak bil dan baki terkini anda. Semuanya dihujung jari sahaja. Dengan perkhidmatan ini ianya akan memudahkan para pelanggan Astro tanpa perlu datang ke kaunter untuk membuat semakan. Ianya lebih pantas dan mudah.

Berikut dikongsikan dua cara semakan bil terkini Astro iaitu semakan secara online dan melalui khidmat SMS.

Semakan Bil Astro Secara Online

Cara semakan bil Astro melalui atas talian atau secara online memerlukan pengguna untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu. Selepas mendaftar, barulah anda diberikan akses untuk sistem semakan bil dan lain-lain kemudahan serta maklumat terkini melalui dashboard yang disediakan.

  1. Pergi ke laman web rasmi Astro di https://www.astro.com.my untuk mendaftar.
  2. Pada bahagian atas sekali terdapat butang untuk login dan register. Jika anda belum mendaftar, sila klik pautan tersebut dan ikuti langkah seterusnya sehingga pendaftaran selesai. Ianya begitu mudah dan mesra pengguna.
  3. Sekiranya anda telah mempunyai Astro ID, login masuk bagi menyemak bil Astro.
  4. Anda diberi pilihan untuk paparan bil sama ada menyemak terus di laman web Astro ataupun paparan bil dalam bentuk PDF yang dihantar ke email anda.

Semakan Bil Astro Secara SMS

Jika anda memilih untuk menyemak menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS, terdapat 2 kaedah semakan yang disediakan iaitu seperti berikut:

1. Semakan SMS menggunakan No Akaun Astro

ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>AC NO dan Hantarkan ke 33310

Contoh:

ASTRO BAL AC 0908043222
Hantar ke 33310

2. Semak SMS menggunakan No IC pemilik akaun Astro

ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>IC NO dan Hantarkan ke 33310

Contoh :

ASTRO BAL AC 800101016261
Hantar ke 33310

Semoga ianya bermanfaat buat anda. Kita juga berharap agar kualiti perkhidmatan semakan yang disediakan ini akan terus ditambah baik sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat masa kini.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: