Langgan newsletter kami!
Working In The Laboratory
Investigator checking test tubes. Man wears protective goggles

Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM

Baru-baru ini tersebar di media sosial tentang satu jenama kosmestik popular dikatakan mengandungi bahan terlarang. Tapi bagaimana cara untuk menyemak kesahihan produk tersebut mendapat kelulusan KKM?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan produk-produk ini menepati piawaian yang ditetapkan sebelum ianya sampai ke pengguna. Oleh itu, KKM telah mewujudkan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan produk-produk kesihatan dan kosmetik yang dijual dipasaran tidak mengandungi bahan terlarang.

Dengan pengwujudan sistem online ini, pengguna boleh membuat semakan di portal rasmi NPRA untuk memastikan sama ada produk yang dimiliki telah mendapat kelulusan atau tidak. Semua produk kosmetik dan kesihatan wajib untuk berdaftar dengan KKM bagi memastikan produk yang dijual tidak memudaratkan pengguna.

Bagi yang belum tahu, ini dia cara untuk menyemak nombor pendaftaran produk terutamanya produk kosmetik dengan KKM.

Cara Semak No Pendaftaran KKM

Setiap produk yang telah berdaftar dan lulus akan memperoleh no pendaftaran yang mengesahkan produk itu selamat digunakan. Pengguna boleh membuat semakan dengan mudah secara online untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan nombor pendaftaran produk secara online.

1. Website National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

2. Lakukan Carian Produk

Anda akan dibawa ke laman seperti gambar di bawah.
Carian Produk Lulus KKM 2020

  • Anda boleh lakukan carian untuk produk kosmetik dan juga produk selain kosmetik (seperti supplemen kesihatan dan ubatan tradisional)
  • Carian boleh dilakukan berdasarkan Nama Produk, No Pendaftaran Produk, Pengilang, Pengimport dan banyak lagi.
  • Tapi sebelum anda buat semakan, pastikan anda dapatkan dahulu no siri KKM produk tersebut terlebih dahulu.
    No siri KKM pada produk kecantikan biasanya akan bermula dengan perkataan:
    NOT<nombor pendaftaran>

    Contoh Produk Kosmetik
    Contoh No KKM Untuk Produk Kosmetik

    No siri KKM pada produk kesihatan biasanya akan bermula dengan perkataan:
    MAL<nombor pendaftaran>

    Contoh No KKM Untuk Produk Kesihatan
    Contoh No KKM Untuk Produk Kesihatan
  • Berikut adalah Kod Rujukan untuk produk.
    Product Codes:
    A: Scheduled Poisons
    X: Non-scheduled Poisons (over the counter products)
    T: Traditional Medicines
    C: Contract Manufactured
    E: Export Only
    R: Repacked
    S: Second source
    N: Health Supplement
    H: Veterinary
    Z: Zero Rated GST
    Y: Orphan Products

3. Masih inginkan kepastian mengenai keselamatan produk yang tiada No KKM?

Cuba semak di lawan web di bawah untuk Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/adulterated

4. Senarai produk baru yang diluluskan KKM

Untuk senarai terkini produk yang diluluskan KKM, sila rujuk link di bawah.
https://www.npra.gov.my/index.php/my/information-2/produk-atau-indikasi-baru/new-products-approved-quest3.html

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

7 comments

  1. nice sharing info…

  2. may i know how to check this number for KKM 181018/10/099 , if this is occupied or available?

  3. mcam nk chek nmbor pendaftaran produk dengan kkm??? tak jumpa pun….

  4. Kalau masih tercari skincare yg selamat ada no kkm dan terbukti berkesan, saya sarankan anda pilih meeracle gemstone. Kulit sihat plus dapat untung kalau daftar ahli. Boleh wasap utk sy consult dan kongai tips penjagaan kukit wajah yg betul

  5. Norhaseena binti mohamad azlan

    MAL16095015NZ

  6. thank you for the info!!

  7. Kalau rujukan kod k maksud dia apa ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: