Langgan newsletter kami!
Drama Dia Random Guy (TV Okey)

Dia Random Guy (TV Okey)

Drama Dia Random Guy adalah drama adaptasi novel karya Farah Husain. Ia telah diolah ke dalam bentuk drama TV sebanyak 20 episod yang bersiaran melalui TV Okey RTM mulai 14 Feb 2020, pada setiap hari jam 10.00 malam. Drama ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh MP Roslin Md Sharif. Drama ini dibintangi oleh pelakon berwajah kacukan, Tania Hudson, Afiq Muiz, Nazim Othman, Wilma Muhammad, Elanie, Nadhira, Nurul Sofia dan ramai lagi.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 20 episod
  • Tarikh Tayangan: 14 Februari 2020
  • Waktu Siaran: Setiap hari, 10.00 malam
  • Stesen TV: TV Okey (Astro 109, UnifiTv 110 dan Myfreeview 110)
  • Penulis Novel: Farah Husain
  • Pengarah: MP Roslin
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Tania Hudson, Afiq Muiz, Nazim Othman, Wilma Muhammad, Elanie, Nadhira, Nurul Sofia

Watak Pelakon

  • Tania Hudson sebagai Alina Suffiya
  • Afiq Muiz sebagai Zariel Amzar

Sinopsis Dia Random Guy

Pertemuan pertama Amzar dan Alina hanyalah kerana salah faham. Alina yang tak mahu digelar ‘loser’ sebab masih belum berteman di kala umur sudah menjejak 30-an, pantas menarik lengan Amzar yang kebetulan berada di situ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiran Zufa, musuh tradisinya sejak zaman persekolahan.

Hidup Amzar menjadi huru-hara selepas tercetusnya kisah tunangan segera itu. Bagaikan sudah tersurat, selepas peristiwa itu mereka dipertemukan pula di tempat kerja Alina. Dan Amzar diperkenalkan sebagai bakal majikan barunya. Amzar menggunakan peluangnya untuk membalas rasa sakit hatinya pada Alina sehingga Alina dibuang kerja dengan alasan untuk mengurangkan beban kewangan syarikat.

“You are one heartless man! Saya harap.. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” – Alina.

“You know what, I take back my word. You ni bukan gila.. but downright psycho. Go and get a treatment!” – Amzar.

Pertemuan Alina dengan Zafril, abang kepada Amzar membawa kisah Amzar dan Alina ke fasa yang lain. Daripada perasaan benci kepada sebaliknya. Bunga-bunga dalam hati mula berkembang tetapi tiba-tiba datang pula gangguan daripada Hairi, bekas teman lelaki Alina yang pernah mencoret luka dalam hidup Alina. Gangguan demi gangguan dari Hairi dan juga bekas isteri Hairi membuatkan Amzar mengambil kesempatan untuk mengikat Alina dengan syarat.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: