Langgan newsletter kami!
Bila Cupid Jatuh Cinta (TV3)

Drama Bila Cupid Jatuh Cinta (TV3)

Sebuah drama bersiri berjudul ‘Bila Cupid Jatuh Cinta‘ telah bersiaran mulai 4 Julai 2020, pada setiap Sabtu jam 9.00 malam di TV3. Drama ini dilakonkan oleh Aiman Hakim dan Oktovia Manrose. Ia diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri dan diterbitkan oleh OrangeTree Production.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 10 episod
  • Tarikh Tayangan: Bermula 4 Julai 2020
  • Waktu Siaran: Setiap Sabtu, 9.00 malam
  • Stesen TV: TV3
  • Idea Asal: Shazana Omar Suhaimi
  • Pengarah: Bahri Uma Bajuri
  • Produksi: OrangeTree Production Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Aiman Hakim, Oktovia Manrose, Ikmal Amry, Bella Dowanna, Elfira Loy, Sharifah Husna, Jasper Supayah, Sham Visa, Sharmaine Farouk, Dynas Mokhtar, Nadia Brian, Farahdhiya, Dazrin Kamarudin, Afifah Nasir, Zalfa Zin, Naqi Nasri, Fazlina Ahmad Daud, Zainol Macwwilson

Watak Pelakon

  • Aiman Hakim sebagai Dani
  • Oktovia Manrose sebagai Fira
  • Ikmal Amry sebagai Haris
  • Bella Dowanna sebagai Tina
  • Naqi Nasri sebagai Sam
  • Sham Visa sebagai Hisham
  • Elfira Loy sebagai Keisha
  • Dynas Mokhtar sebagai Kak Lyn
  • Sharifah Husna sebagai Sara
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Salwa
  • Sharmaine Farouk sebagai Puan Suraya
  • Zainol Macwwilson sebagai Lukman

Lagu Tema / OST

  • “Mahukah Kamu” – Shalma Eliana dan Faris Jabba (Lagu pembukaan & penutup)
  • “Drama” – Drama Band
  • “Cinta” – Ismail Izzani
  • “Demi Kita” – Ismail Izzani
  • “Sempurna” – Naim Daniel
  • “Hello” – Ismail Izzani dan Andi Bernadee
  • “Adakah Engkau Menungguku” – Naim Daniel

Sinopsis Bila Cupid Jatuh Cinta

Drama ini mengisahkan tentang Fira (Oktovia Manrose) menerima tugasan daripada bosnya, Puan Suraya (Sharmaine Farouk) untuk mencarikan jodoh untuk Dani, anak kepada rakan karibnya. Di saat bertemu Dani, Fira terjatuh hati pada Dani tetapi dia menyimpan perasaannya untuk bersikap profesional sebagai ejen mencari jodoh.

Haris (Ikmal Amry), anak kepada Puan Suraya mula rasa bimbang kerana dia sebenarnya menyukai Fira dalam diam. Haris mula rasa tergugat dengan Dani. Kegagalan Fira untuk melawan perasaannya menyebabkan Fira tidak tentu arah. Malahan, Fira sanggup menemukan Dani dengan calon palsu agar dapat memberikannya lebih banyak masa untuk memenangi hati Dani.

Fira mula berubah untuk menepati ciri-ciri wanita idaman Dani. Calon yang dicarikan oleh Fira nampaknya padan dengan Dani apabila hubungan Dani dan Sara (Sharifah Husna) bermula dengan baik. Fira rasa kecewa dan mula menerima hakikat bahawa cinta Dani tidak akan menjadi miliknya. Namun, Dani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Sara.

Dani bersemuka dengan Fira dan mengatakan dia tahu akan rancangan Fira yang sengaja mencarikan calon yang tidak sesuai untuknya. Fira menidakkannya dan mempertahankan diri dengan mengatakan Sara ialah calon paling sesuai untuk Dani. Pada masa yang sama, Haris telah meluahkan isi hatinya dan berusaha untuk memikat hati Fira.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: