Langgan newsletter kami!
Drama Budak Tebing (TV3)

Drama Budak Tebing (TV3)

Budak Tebing ialah drama terbaru yang akan menghiasi Slot Lestary TV3. Walau bagaimanapun tarikh tayangan drama bersiri arahan Feroz Kader ini masih belum dimuktamadkan. Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon popular Malaysia antaranya Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Syazwan Zulkifly, Amyza Aznan, Alex Afian, Sabrina Ali, Zarina Zainuddin, Shah Faris dan ramai lagi.

Info Drama Bersiri

  • Tarikh Tayangan: 2020 (Belum muktamad)
  • Waktu Siaran: Rabu hingga Jumaat, 9.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Lestary)
  • Idea Asal: PGRs Team – Amka Ahmad
  • Penulis Skrip: PGRs Team – Janjira
  • Pengarah: Feroz Kader
  • Terbitan: Country Universal Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Syazwan Zulkifly, Amyza Aznan, Alex Afian, Sabrina Ali, Zarina Zainuddin, Shah Faris

Watak Pelakon

Sinopsis Budak Tebing

Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.

Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. ‘Budak Tebing’ turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.

Ira yang baru mengenali ahli dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya. Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: