Langgan newsletter kami!
Drama Bukan Gadis Biasa (TV3)

Drama Bukan Gadis Biasa (TV3)

Sebuah drama adaptasi novel berjudul ‘Bukan Gadis Biasa‘ akan disiarkan menerusi Slot Akasia TV3 bermula 23 April 2020. Ia akan menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Sabtu sepanjang bulan Ramadan ini, jam 7.00 hingga 8.00 malam. Drama ini adalah berdasarkan novel karya Liza Nur.

Antara pelakon yang membintangi drama berantai ini adalah Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Maskhan, Lia Natalia, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Zarul Husin dan ramai lagi. Ia diarahkan oleh Azman Haji Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 28 episod
  • Tarikh Tayangan: 23 April 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Sabtu, 7.00 hingga 8.00 malam
  • Stesen TV: TV3
  • Slot: Akasia
  • Penulis Skrip: PGRs Team, Markoto Kobota, Chinta Nadessha
  • Penulis Novel: Liza Nur
  • Pengarah: Azman Haji Yahya
  • Produksi: JS Pictures Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Maskhan, Lia Natalia, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan

Watak Pelakon

  • Ayda Jebat sebagai Johana
  • Remy Ishak sebagai Rayyan
  • Nazim Othman sebagai Amer
  • Sheila Rusly sebagai Opah Aminah
  • Ozlynn Waty sebagai Juliana
  • Chacha Maembong sebagai Hanim
  • Mas Khan sebagai Amirul
  • Idzham Ismail sebagai Bun
  • Zarul Husin sebagai Suffian
  • Ako Mustafa sebagai Pak Ya
  • Shajiry sebagai Bruno Din
  • Heryanto Hassan sebagai Raja Muzaffar
  • Lia Natalia sebagai Ujah
  • Zalfa Zin sebagai Suraya
  • Ashhry Atan sebagai Azim

Lagu Tema/ OST Bukan Gadis Biasa

Sinopsis Bukan Gadis Biasa

Mengisahkan tentang Johana, seorang gadis yang telah berubah perwatakan kepada persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya.

Amirul, jurulatih tinju kepada Johana menyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan. Sementara itu, Rayyan pula memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayah saudaranya, Suffian untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah yang hilang dari rumah.

Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama. Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia bertemu dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan pula mula tertarik dengan Johana.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. best drama ni.. asyik kena usik je ayda jebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: