Langgan newsletter kami!
Drama Cinta Untuk Raf (TV1)

Drama Cinta Untuk Raf (TV1)

Cinta Untuk Raf adalah sebuah drama bersiri 26 episod yang bakal ditayangkan di TV1 RTM nanti. Drama ini adalah hasil adaptasi novel karya Rabihah Nur Ridhuan dan diarahkan oleh Zek Zukry.

Ia dibintangi oleh Luqman Hafidz dan Sasqia Dahuri sambil dibantu oleh pelakon yang lain seperti Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad , Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin dan Shakira Stephen. Drama ini diterbitkan oleh Open Echo Communications Sdn Bhd.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 26 episod
  • Tarikh Tayangan: –
  • Stesen TV: TV1 RTM
  • Penulis Skrip: Adza Emie
  • Penulis Novel: Rabihah Nur Ridhuan
  • Pengarah: Zek Zukry
  • Produksi: Open Echo Communications Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad , Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin, Shakira Stephen

Watak Pelakon

  • Luqman Hafidz sebagai Raf
  • Sasqia Dahuri sebagai Dr Orked Huwaina
  • Tash Yong sebagai Humaira / Tasya / Inara
  • Badrul Muhayat sebagai Raza
  • Dilla Ahmad sebagai Aqilah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Noah Sulaiman
  • Tina Rasid sebagai Nadirah
  • Zarynn Min sebagai Lily
  • Idris Md Diah sebagai Ariz
  • Ema Akma sebagai Zaharah
  • Melissa Campbell sebagai Dr Kim
  • Kristina Vinokree sebagai Sherena Mona
  • Dayana Jasmin sebagai Humairah 12 tahun

Sinopsis Cinta Untuk Raf

Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf.

Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.

Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: