Langgan newsletter kami!
Poster Drama Demi Rindumu Astro

Drama Demi Rindumu (Astro Ria)

Demi Rindumu adalah sebuah drama 16 episod hasil adaptasi novel karya Diya Jamal. Ia dibintangi oleh Sean Lee dan Janna Nick serta diarahkan oleh Haris Fadilah. Drama hasil produksi Zamriez Golden Picture ini akan ditayangkan di Slot MegaDrama Astro Ria.

Info Drama Demi Rindumu

  • Episod: 16 episod
  • Genre: Keluarga, Cinta
  • Mula Tayangan: 7 Oktober 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, jam 10.00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria (Slot MegaDrama)
  • Penulis Novel: Diya Jamal
  • Pengarah: Haris Fadilah
  • Produksi: Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim, Aleza Shadan, Mustapha Kamal, Riz Amin, Azri Sabri dan Raja Nor Baizura

Watak Pelakon Drama Demi Rindumu

  • Sean Lee sebagai Haznik
  • Janna Nick sebagai Nurhana
  • Norman Hakim sebagai Nasrul
  • Elvina Mohamad sebagai Rania
  • Sherry Ibrahim sebagai Suraya
  • Riz Amin sebagai Johar
  • Azri Sabri sebagai Izlan
  • Aleza Shadan sebagai Aida
  • Mustapha Kamal sebagai Hassan

Sinopsis Drama Demi Rindumu

Mengisahkan tentang Nurhana, yang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Kepulangannya itu adalah kerana mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga di antara dia dan bekas tunangnya Izlan. Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana walaupun Nurhana seakan sudah tawar untuk menerima kehadiran teman istimewa.

Pengalaman dilukai membuatkan Nurhana enggan membalas cinta Haznik yang membuat pengakuan sayang kepadanya hanya selepas beberapa hari pertemuan. Hatinya nyaris terpaut dengan jejaka itu tetapi dia sudah cukup serik dengan permainan lelaki buaya darat. Tambahan lagi, kepulangannya ke tanah air bukan kerana soal hati tetapi ingin menuntut sesuatu daripada Nasrul.

“Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?” soal Nurhana yang bagaimanapun tidak mampu melunturkan hati Nasrul.

Nurhana benar-benar bingung dengan sikap Nasrul hingga akhirnya terpaksa mendapatkan bantuan Haznik. Adakah Haznik terbuka menerima permintaan karut Nurhana?

Lagu Tema / OST Drama Demi Rindumu

  • Lagu Pembukaan – ‘Yang Satu’ nyanyian Akim & The Majistret. Lagu ini dicipta oleh Hang Nadim dan Laq, manakala lirik nukilan Hang Nadim.
  • Lagu Penutup – Khayal nyanyian Stacy

Babak Drama Demi RindumuSean Lee Dan Norman Hakim (Drama Demi Rindumu)

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: