Langgan newsletter kami!
Dia Bidadari Dari Syurga (RTM)

Drama Dia Bidadari Dari Syurga (RTM)

Satu lagi drama bersiri hasil adaptasi novel akan disiarkan melalui rangkaian televisyen milik RTM. Drama berjudul ‘Dia Bidadari Dari Syurga‘ adalah karya asal Syamnuriezmil dan akan bersiaran sebanyak 20 episod. Ia diterbitkan oleh produksi Sazawan Supply Sdn Bhd dan dijangka menemui penonton pada Ogos ini.

Drama ini diarahkan oleh Izzman Hafiz dan membariskan pelakon cantik, Sharifah Husna. Selain itu, drama ini juga dilakonkan oleh Halim Radzi, Hafidz Roshdi, Aryan Naim, Mahmud Ali Bashah, Julia Farhana, Shahkimin, Dayana Roza, Nora Lunia, Syaffiq Sahli, Ady Fakhruddin dan Nurul Iman.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 20 episod
  • Tarikh Tayangan: Jangkaan pada Ogos 2020
  • Waktu Siaran: –
  • Stesen TV: RTM
  • Penulis Skrip: PGRs Team, Aina Hannez, Riqmal EG
  • Pengarah: Izzman Hafiz
  • Produksi: Sazawan Supply Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Halim Radzi, Sharifah Husna, Hafidz Roshdi, Aryan Naim, Mahmud Ali Bashah, Julia Farhana, Shahkimin , Dayana Roza, Nora Lunia, Syaffiq Sahli, Ady Fakhruddin, Nurul Iman

Watak Pelakon

  • Halim Radzi sebagai Naqib Zakuan
  • Sharifah Husna sebagai Marissa Aisya
  • Hafidz Roshdi sebagai Raff
  • Aryan Naim sebagai Riff
  • Julia Farhana sebagai Sara
  • Shahkimin sebagai Ikhwan Radzi

Sinopsis Dia Bidadari Dari Syurga

Mengisahkan tentang gadis bernama Marissa Aisya atau Aris yang merupakan seorang graduan dari Melbourne University, Australia. Tanpa disangka beliau tiba-tiba disuruh untuk menjadi jadi ‘tea lady’ di syarikat milik abinya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering dibuli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat abinya.

Zakuan yang baru sahaja putus cinta dengan Maisarah, sudah berjanji dengan ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Daripada menyebut nama Maisarah, tersebut pula nama Marissa. Tak pasal-pasal Marissa yang menjadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.

Selepas diugut, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan. Namun Marissa terpaksa pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu pada ibu Zakuan yang mana dia telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati. Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap seperti bidadarinya? Atau, mengejar cintanya walaupun Marissa sudah mahu berkahwin?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: