Langgan newsletter kami!
Isteri Dalam Sangkar

Drama Isteri Dalam Sangkar (Unifi TV)

Isteri Dalam Sangkar adalah sebuah drama bersiri yang diadaptasi dari novel karya Wardina Aisyah. Ia telah ditayangkan di Unifi TV buat pertama kali pada 17 Oktober 2018 yang lalu. Drama arahan Ejump Zahir ini dibintangi oleh Azrel Ismail, Nina Iskandar, Sherie Merlis, Aishah Azman dan Aidil Aziz.

Info Drama Isteri Dalam Sangkar

  • Episod: 30 episod
  • Mula Tayangan: 17 Oktober 2018
  • Waktu Siaran: Rabu dan Khamis, 9.30 malam
  • Stesen TV: Unifi TV (HyppSensasi HD Saluran 116)
  • Penulis Novel: Wardina Aisyah
  • Pengarah: Ejump Zahir
  • Produksi: Mangkin Prestij
  • Senarai Pelakon: Azrel Ismail, Nina Iskandar, Sherie Merlis, Aishah Azman, Aidil Aziz, Ungku Hariz, Dayang Areeda, Amreen Shukry, Azwan Kombos, Shima Anuar, Nazia Mustafar, Edika Yusof, Elmy Moin, Vicha, Dilla Ahmad

Watak Pelakon Drama Isteri Dalam Sangkar

  • Azrel Ismail sebagai Tengku Iskandar
  • Nina Iskandar sebagai Siti Aisyah
  • Aidil Aziz sebagai Tengku Haziq
  • Aishah Azman sebagai Fasha
  • Sherie Merlis sebagai Mak Su Ainin
  • Ungku Hariz sebagai Farid
  • Dayang Areeda sebagai Ros
  • Amreen Shukry sebagai Irham
  • Azwan Kombos sebagai Danish
  • Shima Anuar sebagai Puteri Waiduri
  • Nazia Mustafar sebagai Tengku Maria
  • Edika Yusof sebagai Tengku Yusof

Sinopsis Drama Isteri Dalam Sangkar

Mengisahkan tentang Aishah yang dijaga oleh makcik Aini setelah kematian ibubapanya. Layanan yang diterima oleh Aishah sangat dingin. Dia diperhambakan di rumah sendiri. Pernikahan tanpa sengaja antara Aishah dan  Tengku Iskandar menambahkan lagi kesengsaraan hidupnya.

Adakah bahagia akan muncul dalam hidup Aishah? Sama-sama kita saksikan kisahnya.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: