Langgan newsletter kami!
Drama Maaf Tak Indah (TV3)

Drama Maaf Tak Indah (TV3)

Maaf Tak Indah adalah sebuah drama adaptasi novel yang bakal bersiaran pada bulan Februari 2020 melalui Slot Samarinda TV3. Drama sebanyak 18 episod ini adalah hasil arahan Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies dan Fizo Omar serta dibantu oleh pelakon lain seperti Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan dan Pauline Tan.

Info Drama

  • Episod: 18 episod
  • Tarikh Tayangan: 12 Februari 2020
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10.00 malam
  • Stesen TV: TV3
  • Slot: Samarinda
  • Pengarah: Zamri Zakaria
  • Terbitan: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Azlee Khairi, Azar Azmi, Nur Ruhainies, Fizo Omar, Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan, Pauline Tan

Watak Pelakon

  • Azlee Khairi sebagai Reimi
  • Azar Azmi sebagai Syazan
  • Ruhainies sebagai Ziela
  • Fizo Omar sebagai Jai
  • Cassia Iman sebagai Tia
  • Zulkifli Ismail sebagai Rahim
  • Aida Khalida sebagai Sabariah
  • Mustapha Kamal sebagai Shariman
  • Didie Alias sebagai Safiah
  • Aleza Shadan sebagai Ros
  • Melanie Tan sebagai Cheryl
  • Pauline Tan sebagai Kelly
  • Yumna Ayuna sebagai Tijah
  • Tuan Zuhayr Al-Mundzair sebagai Adam

Sinopsis Maaf Tak Indah

Mengisahkan tentang Syazan yang tersilap langkah melahirkan anak yang cuba digugurkannya. Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu menyedarkan Syazan. Namun semuanya telah terlambat setelah dia diceraikan oleh suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan itu, malah Syazan dibuang keluarga dan terpisah dari anaknya. Hati Syazan pula bertambah terluka apabila Raimie menjalinkan hubungan dengan Zila.

Selepas 5 tahun berlalu, mereka dipertemukan semula. Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Syazan pula menyembunyikan kehadiran anaknya Tia dari pengetahuan Raimie.

Sumber: TV3 Official

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: