Langgan newsletter kami!
Drama Pelindung Seorang Puteri (Astro Ria)

Drama Pelindung Seorang Puteri (Astro Ria)

Pelindung Seorang Puteri adalah sebuah drama adaptasi novel karya Mia Kiff yang akan ditayangkan melalui Slot MegaDrama Astro Ria dan Ria HD. Ia dijangka akan ditayangkan bermula 23 Mac 2020 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 hingga 11.00 malam.

Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon popular tanahair seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed, Hafidzuddin Fazil, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Haris Ismail, Juliana Evans, Jasmine Suraya, Norreen Iman, Farah Wahida, Faez Nick, Zainol Johari MacWilson dan ramai lagi. Ia diarahkan oleh Yusry KRU dan diterbitkan oleh produksi milik Rosyam Nor, Suhan Movies & Trading.

Info Drama Bersiri

  • Tarikh Tayangan: 23 Mac 2020
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria & Ria HD
  • Slot: MegaDrama
  • Penulis Novel: Mia Kiff
  • Pengarah: Yusry Abdul Halim
  • Produksi: Suhan Movies & Trading
  • Senarai Pelakon: Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed, Hafidzuddin Fazil, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Haris Ismail, Juliana Evans, Jasmine Suraya, Norreen Iman, Farah Wahida, Faez Nick, Zainol Macwilson

Watak Pelakon

  • Lisa Surihani sebagai Rose
  • Farid Kamil sebagai Saiful (Epul)
  • Sharnaaz Ahmad sebagai Hazril
  • Haleeda Mazlin sebagai Mak Ndak Liza
  • Haris Ismail sebagai Alif
  • Zain Hamid sebagai Firdaus (Fido)
  • Asyiqin Zaed sebagai Aziani
  • Juliana Evans sebagai Laila
  • Jasmine Suraya sebagai Bainun
  • Norreen Iman sebagai Muna
  • Faez Nick sebagai Halim

Sinopsis Pelindung Seorang Puteri

Mahunya tak terkejut, tiba-tiba muncul seorang lelaki menuntut janji nak berkahwin dengan dia? Katanya mereka pernah berjanji satu ketika dulu? Bila? Semasa kecil? Rose mana ingat? Melihat kesungguhan Saiful, akhirnya Rose terbuka hati menerima Saiful sebagai suami.

Selepas berkahwin, ibu mentua, Mak Dak Liza masih tetap membenci Rose atas satu punca yang dia sendiri bingung. Salahnya dicari dan aibnya dicanang. Saiful pula, sentiasa membuatkan Rose tertekan dengan sikapnya yang aneh dan tak disangka-sangka. Sekejap penyayang, sekejap menyakitkan dan Rose cuba untuk bersabar.

“Ada tak, rahsia yang awak sembunyikan dari saya?”

“Ada. Abang ada penyakit..”
“Hah? Penyakit apa?”
“Penyakit gila..” Saiful merenung tajam wajah isterinya. Rose kecut perut, janganlah dia mengaku hal sebenar.
“Gilakan Rose..” Saiful mengekek tawa, padahal jantung Rose bagaikan mahu meletup kerana terlalu takut.
“Jadi, berikan abang kasih sayang Rose agar abang selalu sihat..”

Tak sangka, Saiful berahsia yang dia merupakan pesakit mental Obsessive-compulsive disorder (OCD) yang perlu bergantung pada ubat. Bagi Saiful, Rose penyembuh dan bagi emaknya, Rose punca.

Adakah alasan itu menghalalkan kelukaan buat Rose atau Saiful cuma gunakan alasan sakit itu demi melindungi sisi jahatnya?

Muncul Hazril menjadi pelindung buat dirinya. Mampukah Rose menempuhi alam berumah tangga yang penuh onak duri ini atau Rose berundur akhirnya? Bahagiakah Rose dengan jalan yang dipilih? Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: