Langgan newsletter kami!
Drama Pink Smile (TV3)

Drama Pink Smile (TV3)

Fattah Amin kembali membintangi drama tempatan dan kali ini bergandingan dengan pelakon remaja cantik, Sweet Qismina dalam Pink Smile. Drama 20 episod ini adalah drama adaptasi novel karya Luna Adresia dan akan ditayangkan melalui Slot Lestary TV3 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam.

Drama ini diarahkan oleh Hazreen Hakim dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Ia dijangka menemui penonton pada April 2020 iaitu pada bulan Ramadhan nanti.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 20 episod
  • Tarikh Tayangan: Jangkaan April 2020
  • Waktu Siaran: Rabu – Jumaat, 9.00 – 10.00 malam
  • Stesen TV: Slot Lestary TV3
  • Penulis Novel: Luna Adresia
  • Penulis Skrip: Ayuni Zamani
  • Pengarah: Hazreen Hakim
  • Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Fattah Amin, Sweet Qismina, Syafi Tee, Afifah Nasir, Intan Najuwa, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri, Izzat Mushtaq

Watak Pelakon

  • Fattah Amin sebagai Areeq (Kaz)
  • Sweet Qismina sebagai Luna
  • Syafi Tee sebagai Iman (Akif)
  • Afifah Nasir sebagai Melati
  • Intan Najuwa sebagai Rysa
  • Natasya Mahyan sebagai Myra
  • Esma Daniel sebagai Tuan Irsyad
  • Noniswara sebagai Puan Aminah
  • Iswan Ismail sebagai Syairy
  • Farhan Asri sebagai Epol
  • Izzat Mushtaq sebagai Faiz (Ari)

Sinopsis Pink Smile

Mengisahkan tentang Luna yang selalu singgah di Duncan Coffee House kerana meminati Kaz iaitu pemilik kedai tersebut.

Luna – Si pencinta tegar tetapi hanya mampu melihat dari jauh sahaja setiap kali dia ke Duncan Coffee House. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada berdekatan Kaz, Luna akan terkena panick attack. Pengsan tidak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada sangat dekat dengannya.

Kaz – Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan Coffee House. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba bermain tarik tali?

Akif – Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan Coffee House, di mana Luna sering datang menjenguk cinta.

Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan Coffee House menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: