Langgan newsletter kami!
Drama Satukan Rasa Poster

Drama Satukan Rasa (Astro)

Satukan Rasa adalah sebuah drama rantaian terbaharu di Astro Ria yang akan mengisi Slot MegaDrama. Drama terbitan Suhan Movies & Trading ini bakal menggantikan drama Demi Rindumu pada 4 November 2019 nanti.

Ia dilakonkan oleh pasangan penyanyi popular tanahair iaitu Siti Nordiana dan Khai Bahar serta diarahkan oleh Hadith Omar. Tentu para peminat semua sudah tidak sabar untuk menonton lakonan Khai Bahar. Maklumlah sebelum ini Khai Bahar lebih sinonim dengan bidang nyanyian.

Info Drama Satukan Rasa

  • Episod: 20 episod
  • Mula Tayangan: 4 November 2019
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria dan Ria HD
  • Penulis Skrip: Puovin & Tommy Loh
  • Pengarah: Hadith Omar
  • Produksi: Suhan Movies & Trading
  • Senarai Pelakon: Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi

Watak Pelakon

  • Siti Nordiana sebagai Indah Suhaila
  • Khai Bahar sebagai Jai Bakri
  • Nine sebagai Ben
  • Shasha Abedul sebagai Dede
  • Yusuf Bahrin sebagai Shah Bakri
  • Isyariana sebagai Saerah
  • Che Kem sebagai Bakri
  • Nina Juren sebagai Datin Amelia
  • Nadya Syahera sebagai Yatt
  • Ainin Batrisya sebagai Aira
  • Raja Azmi sebagai Kalthom

Sinopsis Drama Satukan Rasa

Mengisahkan tentang Indah, seorang balu dan ibu yang sedang selesa menjalani hidupnya. Namun begitu, Indah yang pernah menjadi seorang penyanyi terkenal suatu ketika dahulu terpaksa masuk semula dalam industri muzik tanah air apabila dia dipadankan untuk membantu Jai, penyanyi yang mempunyai masalah gemuruh pentas. Keyakinan diri Jai semakin menjadi masalah untuk karier dia walaupun sudah viral.

Lagu Tema / OST

Siti Nordiana & Khai Bahar – Satukan Rasa

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: