Langgan newsletter kami!
Drama Seadanya Aku

Drama Seadanya Aku (TV3)

Seadanya Aku adalah sebuah drama adaptasi novel karya Rissa Ahdiya. Masih ingatkah anda dengan drama bersiri ‘Love You Mr Arrogant’ yang pernah ditayangkan pada tahun 2013? Ya, gandingan mantap pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi bakal mengembalikan nostalgia yang pernah dilakar oleh mereka sebelum ini. Drama Seadanya Aku yang sekali lagi menampilkan pasangan ini bakal bersiaran di Slot Akasia TV3 pada awal tahun 2020. Ia diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd.

“Saya gembira dengan keputusan Azlee untuk kembali berlakon. Harapnya gandingan terbaru ini dapat mengubat kerinduan peminat yang berharap kami kembali bersatu di skrin televisyen”

Info Drama Seadanya Aku

  • Tarikh Tayangan: 15 Januari 2020
  • Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Akasia)
  • Penulis Novel: Rissa Ahdiya
  • Pengarah: Feroz Kader
  • Produksi: Country Universal Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Ainina Ahmad

Watak Pelakon Drama Seadanya Aku

Sinopsis Drama Seadanya Aku

Mengisahkan tentang Aufiya yang mana di saat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya.

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam. Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan hingga ke alam pekerjaan mereka masih bersama, malahan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

Sumber: TV3 Official

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: