Langgan newsletter kami!
Drama Sepenggal Puisi (Astro Citra)

Drama Sepenggal Puisi (Astro Citra)

Drama Sepenggal Puisi merupakan inspirasi dari puisi yang ditulis oleh Emha Ainun Nadjib. Lalu lahirlah karya yang sempurna hasil kerjasama antara Astro dan produksi dari negara seberang Indonesia. Drama sebanyak 8 episod ini mendapat sentuhan pengarah filem Jenderal Soedirman, Viva Westi hasil idea karya Saniboey Mohd Ismail.

Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon antaranya Christine Hakim, Wan Hanafi Su, Cut Mini, Nora Danish, Iedil Putra, Zahiril Adzim, Liza Othman, Ibnu Jamilo, Ayushita, Luqman Hafidz, Amir Nafis, Adeline Tsen dan ramai lagi. Ia bakal menemui penonton bermula 29 April 2020 pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam melalui saluran Astro Citra dan Citra HD.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 8 episod
  • Tarikh Tayangan: 29 April hingga 21 Mei 2020
  • Waktu Siaran: Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam
  • Stesen TV: Astro Citra & Astro Citra HD
  • Pengarah: Viva Westi
  • Produksi: Bianglala Entertainment & Arie Zaharie Production
  • Senarai Pelakon: Christine Hakim, Wan Hanafi Su, Cut Mini, Nora Danish, Iedil Putra, Zahiril Adzim, Liza Othman, Ibnu Jamilo, Ayushita, Luqman Hafidz, Amir Nafis, Adeline Tsen, Bella Dally, Nanda Candra, Delia Chery, Mohammed Abe, Kuza, Vicha, Sanjna Suri

Watak Pelakon

  • Christine Hakim sebagai Lestari
  • Wan Hanafi Su sebagai Rahman
  • Amir Nafis sebagai Fariz
  • Iedil Putra sebagai Firman
  • Nora Danish sebagai Aisha
  • Ibnu Jamilo sebagai Dimas
  • Ayu Shita sebagai Saritha
  • Luqman Hafidz sebagai Billy
  • Cut Mini sebagai Kirana
  • Zahiril Adzim sebagai Harun
  • Adeline Tsen sebagai Daphne
  • Nanda Candra sebagai Nabila
  • Delia Chery sebagai Angela
  • Mohammed Abe sebagai Bayu
  • Kuza sebagai Hanifa

Sinopsis Sepenggal Puisi

Mengisahkan tentang konflik dua buah keluarga, satu di Yogyakarta dan satu di Kuala Lumpur. Seorang suami telah muncul semula di hadapan isteri dan anak-anaknya yang telah ditinggalkan selama 30 tahun di Yogyakarta. Rahsia yang disimpan dari pengetahuan ahli keluarganya di Malaysia akhirnya terbongkar apabila Fariz, anak sulung kepada Rahman dan Farida terbang ke Yogyakarta untuk mendapatkan kepastian.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: