Langgan newsletter kami!
Drama Suara Hati (Astro Prima)

Drama Suara Hati (Astro Prima)

Nantikan drama adaptasi novel ‘Suara Hati’ karya novelis Anis Ayuni akan disiarkan menerusi slot Tiara di Astro Prima mulai 19 Julai 2021. Dibintangi oleh Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz selaku teraju utama. Drama terbitan Global Station dibawah arahan Emy Suffian. Suara Hati bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105).

Sebuah drama berjudul ‘Suara Hati’ akan disiarkan menerusi slot Tiara di Astro Prima bermula 19 Julai 2021. Drama hasil adaptasi novel karya Anis Ayuni ini bakal menampilkan Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz selaku pelakon utama.

Drama 13 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Emy Suffian (Pyan Screw). Ia akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang. Jangan lupa untuk menyaksikannya di kaca TV anda.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 13 episod
  • Mula Tayangan: 19 Julai 2021
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 6.00-7.00 petang
  • Stesen TV : Slot Tiara Astro Prima
  • Penulis Skrip: Farah Alya As’ari
  • Penulis Novel: Anis Ayuni
  • Pengarah: Emy Suffian (Pyan Screw)
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Hanna Aqeela, Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Fazlina Ahmad Daud, Dato Seri Rezza Shah, Liza Rafar, Afzan A Rahman, Zera Hariz, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Farah Zainuddin Jaber Mistah

Watak Pelakon

  • Syafiq Kyle sebagai Harris
  • Hanna Aqeela sebagai Hani
  • Aidil Aziz sebagai Amirul Naim
  • Zera Hariz sebagai Suraya
  • Afzan A Rahman sebagai Amir
  • Qistina Khaled sebagai Sarah
  • Syahir Shafein sebagai Ramzi
  • Liza Rafar sebagai Sha
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Khaty
  • Shah Rezza sebagai Jo

Lagu Tema / OST Drama Suara Hati

  • Lagu: Biar Aku Simpan
    Penyanyi: Bimasakti feat Oktovia Manrose
    Komposer: Jim Bimasakti
    Lirik: Harris Yusof

Sinopsis Suara Hati

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Hani iaitu seorang pelajar universiti yang bercinta dengan Harris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Hani kemudian diperkenalkan oleh ibu bapanya dengan Naim, seorang pensyarah sambilan di universitinya. Hani dan Naim mula mesra apabila Naim mula menolong Hani untuk projek universiti Hani. Tetapi Hani hanya menganggap Amirul Naim hanyalah kawan biasa kerana Hani tahu, Naim bercita-cita untuk melamar teman wanitanya sebagai isteri.

Kebahagian Hani dengan Harris tidak berpanjangan apabila Harris dengan tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, dan terus membuatkan Hani kecewa. Hani yang kesedihan kerana kecewa dengan Harris, kemudian mula membuka pintu hatinya kepada Naim, yang juga baru gagal dalam percintaan.

Harris muncul semula, tetapi sudah terlewat kerana Hani sudah pun menerima cinta Naim. Perkahwinan Hani dan Naim bahagia untuk beberapa ketika, namun tragedi yang menimpa perkahwinan Hani dan Naim telah mula mematahkan semangat Hani untuk terus hidup. Di saat itu, Harris tiba-tiba muncul semula di dalam hidup Hani.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: