Dendam Pontianak adalah filem seram terbaharu lakonan pelakon cantik Fazura dan Remy Ishak. Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 12 September 2019. Ia dihasilkan daripada kerjasama Primeworks Studios dan syarikat produksi filem dari Singapura, Tiger Tiger Pictures dan mendapat sentuhan dua pengarah dari Singapura iaitu Glen Goei dan Gavin Yap.

‘Pontianak’ dalam mitos negara Asia Tenggara merujuk kepada roh wanita mengandung yang mati ketika sedang melahirkan anak. Ia merupakan salah satu cerita dongeng seram yang paling digeruni.

“Dendam Pontianak bukan filem berkisahkan pontianak tipikal panjat pokok, tapi ia memaparkan kekuatan wanita dalam menuntut keadilan termasuk haknya.” – Fazura

Info Filem Dendam Pontianak

  • Genre: Seram
  • Tarikh Tayangan: 12 September 2019
  • Pengarah: Glen Goei & Gavin Yap
  • Produksi: Tiger Tiger Pictures & 13 Little Pictures
  • Pengedar: Primeworks Studios
  • Senarai Pelakon: Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din

Watak Pelakon Filem Dendam Pontianak

  • Nur Fazura sebagai Mina
  • Remy Ishak sebagai Khalid
  • Hisyam Hamid sebagai Reza
  • Shenty Feliziana sebagai Siti

Sinopsis Filem Dendam Pontianak

Mengisahkan tentang kehidupan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan ‘Dendam Pontianak’, yang memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan.

Filem seram ini berkisarkan tahun 1965. Di sebuah kampung terpencil, Khalid dan Siti membuat persiapan untuk hari pernikahahan mereka. Tidak lama kemudian, anasir jahat mula menyelubungi perkampungan itu apabila berlakunya kematian dan kejadian misteri yang telah mencetuskan ketakutan dan kekecohan di kalangan penduduk kampung.

Kejadian tersebut memaksa Khalid untuk mengaku bahawa dia telah membunuh seorang perempuan yang sedang mengandungkan anaknya beberapa tahun lalu, dan kini muncul sebagai Pontianak. Khalid telah mengumpulkan semua lelaki di kampungnnya untuk memburu Pontianak itu di hutan akan tetapi adakah pemburuan mereka berhasil?

Carian Berkaitan: dendam pontianak full movie, dendam pontianak full movie free online, dendam pontianak online, downlod dendam pontianak