Langgan newsletter kami!
Filem Kron 2019

Filem KRON (2019)

KRON adalah sebuah filem berunsur fiksyen pengembaraan yang menerapkan elemen sejarah di dalamnya. Filem terbitan OpyGlobal Pictures ini diarahkan oleh Opie Zami sendiri dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 Ogos 2019. Menurut Opie, pembikinan filem KRON telah mengambil masa selama 28 hari penggambaran dan lokasinya adalah di Baling, Kedah dan Kuala Langat pada tahun 2017.

“KRON mengisah tentang seorang pengkaji sejarah iaitu Daud, pengidap kanser tahap empat yang menghabiskan sisa hidupnya menjejaki laluan Raja Siam yang digunakan untuk mengangkut bunga emas pemberian Sultan Kedah sekitar tahun 1803 hingga 1910. Motip utamanya adalah mahu mencari jawapan kepada kehilangan isterinya dalam sebuah ekspedisi. Bagaimanapun, usahanya itu telah diganggu oleh mahkluk yang tidak dikenali”

Info Filem KRON

  • Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2019
  • Genre: Fiksyen / Misteri
  • Pengarah: Opie Zami
  • Penulis Skrip: M. Hitler Zami / Opie Zami
  • Produksi: Opy Global Pictures Sdn Bhd
  • Gubahan Muzik: Opie Zami
  • Pereka Kostum: Zubaidah Sual
  • Pengarah Casting: Abdul Mutalif Abu Bakar
  • Penerbit: Zainudin Bahari
  • Penerbit Eksekutif: Amir Zainudin
  • Penyunting: Mohamed Sufiandin
  • Senarai Pelakon: Zahiril Adzim, Dayana Roza, Aman Graseka, Mamak Puteh, Ellie Suriati, Juhara, Cat Farish, Bohari Ibrahim, Ruminah Sidek, Ahmad Idham, Johara Ayob

Watak Pelakon Filem KRON

  • Dayana Roza sebagai Suri
  • Zahiril Adzim sebagai Sham
  • Aman Graseka sebagai Professor Daud
  • Mohamad Ikhtiarudin @ Mamak Puteh sebagai Pian
  • Ellie Suriati Omar sebagai Bonda Iring
  • Opie Zami sebagai Kitoi /Ketoi
  • Bohari Ibrahim sebagai Tok Batin
  • Ruminah Sidek sebagai Nenek Suri
  • Ahmad Idham sebagai Amri
  • Cat Farish sebagai Dr Hamid
  • Johara Ayob sebagai Professor Mariana

Sinopsis Filem KRON

Mengisahkan tentang Profesor Daud (Aman Graseka), seorang pengkaji sejarah di sebuah muzium di Kedah dan pembantunya Sham (Zahiril Adzim) mahu melakukan pengembaraan menjejaki laluan Raja Siam untuk membawa bunga emas dan perak ke negaranya. Namun begitu, dia tidak mendapat kebenaran daripada pihak atasannya kerana khuatir dengan bahaya yang menimpa.

Bagaimanapun, kehadiran seorang ahli perniagaan bernama Melur Seri (Dayana Roza) telah menguatkan lagi hasrat dan cita-cita Profesor Daud memandangkan segala kos pengembaraan akan ditanggung oleh Melur Seri. Manakala, Pian (Mamak Puteh) seorang pengarah televisyen paranomal yang telah mendapat tahu tentang pengembaraan tersebut menawarkan diri untuk merakam semua aktiviti secara percuma.

Pada mulanya, semua perjalanan berjalan lancar dan mereka telah menemui pemulaan laluan yang bersejarah itu. Namun, sebaik sahaja sampai di pertengahan jalan, pandangan mereka dikaburkan dan mereka telah masuk ke laluan yang salah, sehingga kesemuanya diganggu dan diburu oleh makhluk misteri iaitu KRON.

KRON mengisahkan Branto, lanun yang ditakuti di zamannya telah mengesan laluan hulubalang Siam untuk membawa pulang ‘Bunga Emas’ dari Kerajaan Kedah. Demi untuk menyelamatkan Bunga Emas tersebut ‘Bonda Iring’ telah menyeru semangat hutan untuk membantu mengalahkan Branto dan kuncunya. Namun dasar syaitan tidak kenal tuan dan kawan. Maka Bonda Iring terpaksa mengenakan sumpahan kepada KRON yang mana keturunannya sahaja yang akan dapat membebaskan KRON.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: