Beberapa hari lagi, sekolah akan dibuka untuk sesi persekolahan yang baru. Tentu saja guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar sibuk membuat persiapan terakhir agar semua perkara dipenuhi dan dipatuhi sepenuhnya. Antara yang perlu diberi perhatian adalah potongan rambut pelajar sekolah untuk lelaki dan perempuan (yang tidak bertudung). Maklumlah, zaman sekarang banyak fesyen yang diikuti oleh pelajar sekolah seperti gaya rambut pemain bolasepak, artis, instafamous dan sebagainya.

Pekeliling Berkenaan Potongan Rambut Pelajar Sekolah

Mengikut surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976 – Potongan Rambut Murid-Murid yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk meletakkan garis panduan potongan gaya rambut murid-murid di sekolah.

Rambut Murid Lelaki

Setiap murid / pelajar lelaki TIDAK dibenarkan berambut panjang. Istilah berambut panjang dapat ditakrifkan seperti berikut:

  1. Rambut bahagian belakang: Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga
  2. Rambut bahagian depan: Rambut menutupi garisan tengah dahi
  3. Rambut di sebelah: Rambut atau jambang yang menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan “sideburn” melebihi garisan tengah hidung.
  4. Rambut bahagian atas: Rambut melebihi 6 inci panjang.

Murid lelaki, guru dan kakitangan lain yang beragama Sikh dibolehkan berambut panjang HANYA jika mereka memakai serban tetapi bagi yang tidak berserban, peraturan di atas adalah terpakai.

Misai dan Janggut – Murid tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut atau kedua-duanya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma tebal yang mula tumbuh di bibir atas murid lelaki yang beransur baligh dan mereka tidaklah patut dipaksa bercukur.

Garis Panduan Peraturan Rambut Pelajar Lelaki

Rambut Murid Perempuan

Bagi murid / pelajar perempuan, rambut hendaklah tidak jatuh ke paras bahu tetapi jika ada murid perempuan yang berambut panjang dan enggan memotong pendek, mereka dinasihatkan untuk mengikat rambut masing-masing supaya tidak jatuh ke bahu. Ikatan rambut sebagai tocang atau ‘ponytai’ adalah dibenarkan.

Rujukan Pekeliling:

Carian Berkaitan: cara gunting rambut sekolah fesyen, pelajar sekolah rendah malaysia, rambut pendek lelaki 2019 sekolah, stail rambut sekolah lelaki