Langgan newsletter kami!
Jack Ma Say Bye To Alibaba

Jack Ma Berundur Dari Alibaba

Pengasas syarikat perdagangan elektronik terbesar Alibaba, Jack Ma secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada firma itu hari ini.

Menurut CNN, majlis persaraan Ma yang berusia 54 tahun disambut meriah di sebuah stadium bersaiz Olimpik di Hangzhou, China, ibu pejabat syarikat itu.

Kepada ramai orang, Ma adalah wajah Alibaba. Selepas dua dekad membangunkan Alibaba menjadi perniagaan bernilai AS$460 bilion (RM1.92 trilion), Jack Ma kini mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam kerja-kerja kebajikan.

Ma menubuhkan Yayasan Jack Ma pada 2014 dan memberitahu, dia mendapat inspirasi untuk menjalankan kerja kebajikan daripada Yayasan Bill and Melinda Gates yang diusahakan oleh lelaki terkaya dunia, Bill Gates.

Dia mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan setahun yang lalu selepas berundur dari pengurusan tertinggi dan ahli lembaga pengarah Alibaba.

“Sebelum saya berusia 70 tahun, saya mahu melakukan sesuatu di bidang lain seperti pendidikan,” kata bekas guru bahasa Inggeris dalam satu acara pada September tahun lalu.

Jack Ma yang memiliki kekayaan hampir AS$40 bilion (RM170 bilion) adalah lelaki paling kaya di China. IPO Alibaba merupakan IPO terbesar di dunia, dibuka di New York Stock Exchange (NYSE). Platform Alibaba digunakan oleh lebih seratus juta orang setiap hari.

Daniel Zhang seterusnya akan menggantikan beliau sebagai pengerusi Alibaba yang baharu.

Sumber: Utusan Malaysia

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: