Langgan newsletter kami!
Foto Spontan Hafidz Roshdi

Biodata Hafidz Roshdi, Pelakon Tundukkan Playboy Itu

Biodata Hafidz Roshdi. Hafidz Roshdi adalah bintang baru dalam industri seni tanah air. Drama pertama lakonannya, “Baby Ana Milik Siapa?” telah memperkenalkan Hafidz Roshdi sebagai aktor yang dijangka bakal menjadi tumpuan dalam drama dan mungkin filem Melayu yang akan datang.

Namun, nama Hafidz Roshdi mula menjadi sebutan apabila berjaya membawakan watak seorang lelaki Playboy dengan bersahaja dalam drama “Tundukkan Playboy Itu” yang ditayangkan dalam slot Akasia TV3 yang lalu. Watak Harraz Naufal iaitu seorang anak orang kaya sangat prejudis terhadap wanita bertudung lakonan Hafidz Roshdi namun akhirnya jatuh cinta dengan gadis berpurdah lakonan aktress cantik Uqasha Senrose.

Dari segi kehidupan peribadinya pula, Hafidz Roshdi sebenarnya telah berkahwin dengan wanita bernama Nurul Shuhada yang dikenalinya kira-kira tiga tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau memberitahu dalam akaun Instagram miliknya bahawa majlis perkahwinan tersebut berlangsung dalam suasana sederhana dan tanpa pengetahuan media.

 

Biodata Hafidz Roshdi

  • Nama Penuh: Muhammad Hafidz bin Roshdi
  • Nama Popular: Hafidz Roshdi
  • Tarikh Lahir: 13 November 1994
  • Umur: 22 tahun (2016)
  • Asal: Shah Alam, Selangor
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Nurul Shuhada
  • Pendidikan: Universiti Sains Malaysia (USM) dan Open University Malaysia (OUM)
  • Pencapaian: Hero Remaja 2011/2012 (Seangkatan dengan Shafiq Kyle, Fattah Amin, Shahrul Ridzwan dan Hafreez Aizat)
  • Drama: Baby Ana Milik Siapa, Kau Aku Kita, Aku Pilih Kamu, Tundukkan Playboy Itu, Mr Donat Karamel
  • Instagram Hafidz Roshdi: https://www.instagram.com/hafidz.roshdi/
  • Facebook Hafidz Roshdi: https://www.facebook.com/Hafidz-Roshdi-1692932490920142/

 

Gambar Hafidz Roshdi

Gaya Lelaki Handsome Hafiz Roshdi

Hafidz Roshdi Hero Drama Tundukkan Playboy Itu

Hafidz Roshdi Dan Uqasha Senrose Berhijab Berpurdah

Body Sasa Hafidz Roshdi

Foto Spontan Hafidz Roshdi

Gambar Intim Hafidz Roshdi Dan Uqasha Senrose

Gambar Isteri Hafidz Roshdi Yang Mengejutkan

Perkahwinan Hafidz Roshdi Dan Isterinya Nurul Shuhada

Selfie Hafidz Roshdi Dengan Isteri Tersayang

Gaya Mesra Hafidz Roshdi Dan Isteri

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: