Memasuki perkhidmatan awam atau dengan kata mudah “kerja kerajaan” boleh dikatakan menjadi idaman setiap graduan yang baru tamat belajar. Hakikatnya ia adalah tanggungjawab yang sangat berat dipikul.

Untuk anda yang telah bergelar penjawat awam, inilah lagu yang wajib dinyanyikan setiap kali ada acara formal Kementerian atau Jabatan iaitu Lagu Perkhidmatan Awam. Ringkas dan padat namun penuh bermakna.

Lirik Lagu Perkhidmatan Awam

Kita Memegang Amanah Bangsa
Kita Juga Telah Berikrar
Taat Setia Korban Tenaga
Bela Bangsa dan Negara

Etika Kerja Kita Amalkan
Tekun Jujur dan Berbudaya
Gandakan Hasil dan Pembangunan
Berkhidmat Bakti Berjasa

Agama Asas Pegangan
Perlembagaan Negara Dijulang
Rukunegara Jadi Pedoman
Kitalah Benteng Malaysia

Video Lagu Perkhidmatan Awam

 

Carian Berkaitan: lirik lagu penjawat awam