Pernahkah anda ternampak transaksi “Pre-Auth Debit” dalam penyata akaun bank anda? Tentunya anda tertanya-tanya apakah maksud transaksi Pre-Auth Debit. Takut juga kalau ada transaksi yang kita tidak tahu atau tidak pernah buat.

Contoh: Anda bayar untuk petrol di Petronas menggunakan debit card. Kemudian Maybank akan tolak RM200 daripada akaun anda. Ada juga yang kena tolak RM100 atau lain-lain amaun seperti yang terjadi pada saya sendiri (seperti gambar di bawah). Rasanya selepas saya buat transaksi beli barang di Shopee.

Paparan Pre Ath Debit

Maksud Pre-Auth Debit dan Sale Debit

Saya ke Facebook Maybank sendiri untuk mencari jawapan dan berikut adalah petikan yang telah menjawab segala persoalan saya.

Preauth Maybank

[infobox style=”alert-success”]Pre-Auth Debit is a procedure where system will automatically pre-book on amount depending on merchant (e.g RM100 to 200 for petrol stations). Pre-Auth Refund will automatically credited back to your account between 3-5 days for Petrol and maximum 15 days for Hotel. You may check the actual amount deducted in your account which described as Sale Debit.[/infobox]

Jadi dapat disimpulkan bahawa, Pre-Auth Debit ini adalah prosidur bank yang mana bank akan secara automatik pegang atau tolak duit dalam akaun kita bergantung kepada jenis perkhidmatan/kedai yang kita berurusan (Contohnya: RM100 hingga RM200 untuk stesen minyak).

Bayaran balik Pre-Auth ini akan dibuat secara automatik kembali ke akaun anda di antara 3-5 hari untuk Petrol dan maksimum 15 hari untuk Hotel. Lain-lain perkhidmatan mungkin berbeza tarikh bayaran balik atau ‘refund’ dia. Jumlah sebenar yang ditolak akan dicatatkan sebagai ‘Sale Debit’.

Sale Debit‘ bermaksud transaksi yang dilakukan adalah melalui kad debit bagi pembayaran sama ada melalui kaunter bayaran atau secara atas talian (online). Anda boleh melakukan semakan terperinci maklumat transaksi tersebut selepas tempoh 24 jam dari tarikh transaksi melalui Maybank2U di bahagian ‘Debit Card History’ (jika guna Maybank).

Jadi kita tak perlu risau. Sebenarnya akaun bank kita bukan kena hack atau digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Semua baik-baik sahaja.

Dulu blur kini clear. Semoga bermanfaat.

Carian Berkaitan: apa maksud sale debit maybank, what is pre auth debit maybank, maksud pre auth debit maybank, maybank2u bonus