Langgan newsletter kami!
Kibar Bendera Malaysia

Merdeka (Kah) Malaysia Baru?

Lisa meletakkan naskhah bacaannya, Tari Pasar Perempuan (TPP) di atas meja lantas menghirup secangkir teh hangat yang dibancuh Azreel, adik lelaki bongsunya. Lisa merenung naskhah TPP hasil karya Fadzleena H, seorang penulis kegemarannya. Lisa kurang pasti bila sebenarnya kali pertama mengenali Fadzleena. Namun hasil karyanya menerusi Tari Pasar Perempuan telah membuatkan Lisa sedikit jatuh cinta dengan penulis itu.

“F**k up sial story yang ni, kau kena baca B, ” ujar Lisa kepada Azreel yang senang dipanggil B atau Biby. Nama yang boleh buat hilang macho kalau rakan-rakan sama skod dengannya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) & Maktab Tentera Diraja (MTD) dengar. Maklumlah, geng-geng Mat Perang ni mana boleh nama jambu-jambu. Azreel yang sibuk membelek telefon pintarnya hanya membalas, “ye kak, nanti biby baca”. Malas nak layan punya pasal.

Lisa memang seorang yang mudah ghairah dengan setiap apa yang dibaca. Dia sedang membaca salah satu bab di mana seorang pembantu rumah telah mengambil kesempatan terhadap majikan yang sedang bermuram durja dek tidak berpeluang menyusu anaknya yang baru dilahirkan, dengan menyusukan kedua bapa dan bayinya- F**K? Bab itu telah memberikan goosebumps kepadanya.

Lisa mempercepatkan langkah ke plattorm apabila dia terdengar bunyi train sudah mulai mendekati stesen. Nasibnya baik, dia menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) bukan pada waktu puncak. Kalau pada waktu puncak, memang boleh terlepas trip pertama. Sempit macam tin sardin orang kata.

Lisa bercadang untuk berhenti minum di McDonalds Bukit Bintang sebelum meneruskan perjalanannya ke KLCC. Lisa gemar menikmati Americano panas di McCafe di situ. Terasa nyaman katanya. Usai memesan dan mengambil pesanannya Lisa naik ke tingkat atas untuk menikmati kopi yang dipesannya sebentar tadi. Lisa mengambil tempat duduk yang menghadap ke arah luar. Salah satu sebabnya kenapa Lisa memilih untuk duduk menghala ke tingkap yang menghadap ke luar kerana dia suka memerhati gelagat orang ramai dari jauh. Selain itu dia tidak mahu bertegur dengan kenalannya seandainya mereka turut lepak di tempat yang sama.

Asyik menikmati kopinya, Lisa terlihat sekumpulan perempuan berpurdah. Lisa teringat momen zaman belajar di UiTM Merbok.

Syahira, seorang gadis yang berpurdah di luar kampus. Peraturan universiti telah menghalang beliau daripada mengenakan kain tersebut di wajahnya. Teringat Syahira pernah bercerita tentang isu di Perancis. Dia sangat mengkhuatiri dengan isu Islamophobia di sana.

Pengharaman pemakaian burqa sudah dikuatkuasakan sekian lamanya di sana. Tambahnya, itu merupakan pencabulan hak asasi. Kerana seandainya melepaskan rambut itu satu pilihan, kenapa pula tidak untuk berpurdah atau mengenakan burqa?

Syahira meneruskan lagi, “Sebenarnya di Malaysia mungkin hampir sama dengan Perancis, kau lihatlah di kampus kita dilarang pemakaian purdah. Kita tiada kebebasan bersuara. Kongkongan yang nyata, yang bezanya dengan zaman sebelum merdeka adalah sekarang kita ditindas oleh orang kita sendiri. Demokrasi Negara kita sangat berselirat. Bertindan dengan isu keagamaan. Kita masih tidak bebas bersuara, kita hanya bebas daripada cengkaman penjajah luar, tapi kita masih ditindas bangsa sendiri.

Negara kita mungkin dah mencapai kemerdekaan, tetapi Merdekakah kerajaan kita daripada salah guna kuasa? Rasuah, Bebaskan Negara kita daripada sentiment perkauman? Bersepah anak-anak yatim dan miskin yang masih keciciran. Kita sebenarnya bebas daripada realiti, tapi terperangkap dalam ilusi”

Perbincangan tersebut telah membuatkan Lisa bertikir. Walaupun sudah ke sekian tahun mereka tidak berjumpa namun apa yang telah diperkatakan oleh Syahira telah memberikan kesan yang mendalam dalam hati Lisa. Adakah sebenarnya negara kita ni minor-Islamophobia? Merdeka kah kita sebenarnya?

Lisa menghirup kopinya untuk kesekian kali sebelum beransur keluar daripada restoran tersebut.

Lisa H.
Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Azhan.co

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: